(Gambar) Unboxing HTC Desire S dan Spesifikasi

Salam sejahtera buat semua.

Unboxing HTC Desire S

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, inilah entri pertama untuk HTC Desire S yang kini sudah berada dalam genggaman saya. Punya la semangat lepas ambil parcel HTC Desire S daripada Pejabat Pos UTP, terus saja buka parcel tu di dalam lab PLC di blok 23 semasa sedang menyiapkan tugasan, sambil mengurangkan kebuntuan sebab tidak dapat selesaikan soalan yang diberi.

Emel diterima sejak hari Selasa lagi untuk mengesahkan bungkusan daripada Maxis ni telah dihantar. Sebab teruja sangat lepas dapat emel tu, terus je pergi terjah Pejabat Pos UTP untuk bertanya pasal bungkusan tu, namun pulang dengan hampa sebab ianya masih belum sampai. Tangan dah terketar-ketar tak sabar nak jadi antara yang pertama pegang HTC Desire S.

Continue reading

(Pengenalan) Kejutan #Maxis10: HTC Desire S

Salam sejahtera buat semua.

Maxis10 HTC Desire S

Terkejut dan teruja apabila disahkan saya adalah salah seorang daripada Maxis10 reviewers yang terpilih untuk HTC Desire S. Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya memohon untuk #Maxis10 atau dah berapa kali saya memohon.

Awalnya memang memohon dengan serius (masa tu untuk Nokia N8), tetapi lama-kelamaan memohon kembali sekadar untuk suka-suka sahaja tanpa harapan yang tinggi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.