Los & Faun

Salam sejahtera buat semua.

Tajuk serupa sekali dengan tajuk filem kan? Bukan nak buat ulasan pasal cerita tu pun. Tengok pun tidak. Inspirasi entri ni datang daripada entri Syukur ft Alhamdulillah oleh Nazra.

Terdetik di hati lepas bagi komen kat situ. Cuba bayangkan situasi ni:

Zaman persekolahan. Bagaikan syurga buat mereka berdua. Mana taknya, berkepit sana, berkepit sini. Tak boleh nak berpisah. Bila ke kelas je, mesti berdua. Ayat-ayat manis penghias bibir ditabur. “I love you sampai mati” memang lekat hari-hari. Sekali dah habis sekolah, berpisah. Masing-masing membawa haluan sendiri. Tak lama kemudian, mereka bertemu semula. Adakah cinta mereka boleh berputik semula? Bagaimana pula kalau masing-masing dah ada pasangan yang baru?

Continue reading

Mencari Cinta?

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak beberapa lama kemudian dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja. Sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan. Tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik untuk saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan!

beliamuda: apa itu cinta? dua insan satu rasa?