Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, inilah entri pertama untuk HTC Desire S yang kini sudah berada dalam genggaman saya. Punya la semangat lepas ambil parcel HTC Desire S daripada Pejabat Pos UTP, terus saja buka parcel tu di dalam lab PLC di blok 23 semasa sedang menyiapkan tugasan, sambil mengurangkan kebuntuan sebab tidak dapat selesaikan soalan yang diberi.
Emel diterima sejak hari Selasa lagi untuk mengesahkan bungkusan daripada Maxis ni telah dihantar. Sebab teruja sangat lepas dapat emel tu, terus je pergi terjah Pejabat Pos UTP untuk bertanya pasal bungkusan tu, namun pulang dengan hampa sebab ianya masih belum sampai. Tangan dah terketar-ketar tak sabar nak jadi antara yang pertama pegang HTC Desire S.