2008 – Menanti tirainya dilabuhkan

Tidak beberapa lama lagi, tirai 2008 akan berlabuh dan 2009 akan memulakan pentasnya. Apa yang telah kita capai sepanjang 2008?

Bagi aku sendiri, tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar. Sedikit kesilapan dan kealpaan dalam percaturan hampir membawa kemusnahan. Tapi, nasib baik tak sampai tahap tu lagi. Apa yang lebih menarik, berakhirnya tahun 2008, bermakna angka satu (1) tidak akan muncul di depan umurku. Tahun hadapan, iaitu esok, secara tak rasmi, aku akan berumur 20 tahun. Secara rasminya, aku akan beurmur 20 tahun 10 hari kemudian. Sahabatku, anda bagaimana?

Prestasi akademik tahun 2008 agak mengecewakan. Dengan permulaan GPA yang sedikit rendah, nampaknya perkara yang sama bakal berulang untuk semester kedua. Semakin berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Walaupun aku cuba berubah untuk semester kedua, keadaan tidak banyak bezanya dan menjadi lebih teruk terutama semasa menduduki kertas terakhir. Risaunya…

Sepanjang cuti semester, aku cuba mencari identiti dan jalan yang telah aku tinggalkan. Jalan yang dulu pernah aku lalui, tapi kerana sukar, aku lari. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. Bantulah aku untuk kembali ke jalan yang betul!

Aku mencari semula semangat yang hilang,
Di sebalik jiwa yang kusut,
Untuk berada di jalan yang lurus,
Meneruskan kembali perjuangan yang ditinggalkan.

Selamat tinggal 2008. Akanku kenangmu dalam diari hidupku.

beliamuda: dimanakah anda di malam ini?

Petang ini hujan

Agak kebudak-budakan la tajuk tu.. Tapi itulah kenyataan. Petang ini hujan. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Eh, tak de lah lebat sangat, sekadarnya sahaja.

Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok.

Itu yang ditulis kat dalam berita dan yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jumaat lepas. Risaunya aku. Malam ni kena memandu. Eh, apa pula yang susahnya?

Masalahnya, aku tak pernah memandu malam dan jalan yang akan aku lalu adalah jalan kampung. Kalau hujan, lagi la parah. Dugaan betul. Tapi, aku nak memandu ke mana malam ni? Ahaks.. bukan nak keluar saja-saja. Malam ni aku akan memandu ke New Pacific Hotel untuk jamuan keluarga bengkel Radicare Kota Bharu. Sekadar membawa ahli kelurga. Pengganti Abah, sebab Abah kena berada di sana lebih awal. Kenyataannya, Abahlah yang menguruskan makan malam ni.

Laluan yang akan diambil? Tahu ke jalannya? Takpe2, aku dah minta tolong Google Earth sikit, untuk memudahkan aku. Dah tahu tempatnya, cuma tak biasa saja.


Gambar yang tak berapa nak ada dalam peta tu la jalan kampung yang akan aku lalu… haih…

beliamuda: rasa bersemangat sikit hari ini… sikit je ke?

KB Mall – Setuju dan Kecewa

Semalam aku berkesempatan ke Kota Bharu bersama Mama dan Abah. Kebetulan Abah ada baucar pembelian RM100 di Pacific, so kami ke KB Mall untuk membeli belah. Sesungguhnya, kami sekeluarga jarang sekali ke KB Mall, biasanya ke Pantai Timur sahaja. Abah kata lebih senang nak parking kereta di Pantai Timur. Jalan pun tak sesibuk di KB Mall. Sebelum itu, kami ke kedai perabot, sambil Abah menunjukkan jalan untuk New Pacific Hotel untuk memudahkan aku yang akan memandu ke sana pada malam jamuan Hari Keluarga Radicare. Abah akan mengiringi pegawai Radicare daripada Kuala Lumpur pada malam itu, so akulah yang akan membawa ahli keluarga aku yang lain ke sana.

Semasa di KB Mall, seperti yang telah aku jangkakan, pemandangan biasa yang akan aku lihat. Walaupun aku hanya masuk ke Pacific sahaja dan hanya lalu di laluan pintu masuk KB Mall, pemandangan yang “menarik” ada di sana sini. Tak perlulah aku nak katakan lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca petikan di bawah ini yang dipetik daripada YouthJihad.

————————————————————————————————–

Aku pergi ke KB Mall pada hari sabtu. Hari yang paling sesak di bandar Kota Bharu. Masuk sahaja ke dalam, aku lihat sekumpulan perempuan seramai 3 orang berpakaian ala-ala gothik dengan pakaian serba hitam dan rambut berwarna-warni serta mencancang. Adikku kata, mereka ni ‘budak Indie’. Oh, mungkin sedikit sahaja golongan ini. Menyusur ke dalam, terkejut aku melihat betapa ramai budak-budak Indie ini berkumpul di ruang tengah KB Mall. MasyaAllah!! Mereka menjerit-jerit, tergelak-gelak seperti syaitan. Orang ramai yang lalu-lalang menjeling kepada mereka. Di manakah hilang malu mereka ni? Daripada saiz badan dan gaya percakapan, mereka ni lebih kurang lepasan UPSR atau PMR. Muda daripadaku yang pastinya. Kemudian, setelah berjaya ‘menjelajah’ 80% pasaraya ini, lebih ramai golongan Indie yang aku temui. Paling mengecewakan, sukar untuk berjumpa lelaki apatah lagi perempuan yang memakai pakaian yang islamik! Astaghfirullah. Setiap kali bertemu wanita yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna dan lelaki yang berpakaian kemas dan memakai kopiah, betapa bersyukurnya aku kerana rupa-rupanya masih ada lagi manusia yang patuh pada syariat Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah. Pandangan sebegini sememangnya biasa di KL, Ipoh atau Penang. Namun, tidak pernah aku melihat pemandangan sebegini di Kelantan. Dahulu, Non-Muslim pun ‘tutup aurat’ kecuali rambut. Tapi sekarang, kalau Muslim pun dah berani buka situ buka sini, Non-Muslim macam mana? Bayangkan, di depan sebuah kedai yang menjual pakaian islamik, penjualnya memakai purdah, di pintu kedai terletak stiker ‘Kota Bharu Bandaraya Islam’, menjadi tempat berkumpulnya anak-anak yang berjiwa kosong ini. Malu! Inikah yang anda kata KEMAJUAN? BODOH!! Ini semua JAHILIYYAH!

————————————————————————————————–

Aku sangat-sangat la bersetuju dengan apa yang dikatakan di atas dan sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi ini. Aku juga biasa melihat pemandangan ini. Kali pertama semasa aku darjah enam iaitu di Mid Valley dan juga semasa aku belajar di MRSM Transkrian. Tak sangka dapat juga lihat di atas tanah negeri sendiri. Bak kata Pjoe, “masuk dalam KB Mall ni, tak sedar pun yang MB negeri ini adalah seorang Tok Guru” (lebih kurang macam ni la).

beliamuda: aku hanya seorang budak kampung…

Pecah Kepala!!!

Hari yang stressful. Dengan due date assignment ICIS yang semakin hampir – hari jumaat ni jer, membuatkan kepala otak macam nak pecah. Drama pun tak complete sangat lagi. Nasib baik drama ditunda ke selepas hari raya. Tapi still, dengan assignment ni yang memerlukan kefahaman yang mendalam dalam subjek, cukup membebankan sebab buat last minute… Apa kebenda la portal application tu, dh la nk kena buat esei pasal download lagu mp3 percuma dari Internet. Ye la, tu kan aktiviti kegemaran kita semua. Ni nak kena cakap dan explain pasal piracy@cetak rompak la, law yang ntah pape dan macam-macam lagi la. Pastu kena wat plan nak setup cybercafé ngan duit RM200,000. Planning je. Bukan ade pun duit tu… (apa kebenda la yang aku duk mengarut ni)

Malam ni rasa cam tak nak tido je. Tapi esok adalah antara hari yang paling sibuk. Kelas start kul 9 pagi sampai kul 10 malam. Dah tu pulak esok ada quiz chemi, bab yang aku tak paham pulak tu. Aduh, macam mane ni? Nak studi, rasa tak de mood. Ye la, kalau nak ikut mood, tak studi sampai bila2 la aku.

Nasib baik la bulan pose skang ni. Banyak2 la bersabar. Dugaan… Hari balik kampung next week, ari Rabu, ada dean’s list award. Pasal apa aku sebut? Aku antara yang termasuk la. Bukan nak riak, saja nak cakap. Lagipun ada rahsia yang nak dipecahkan hari tu. Bukan apa, hari tu kan spesel ckit (biar la tak spesel mana pun). Kawan aku ni (salah sorang dean’s list la) dah kena main2 dek aku ngan sorang lagi kawan aku. Aku ingat tak de la serius sangat. Mana la tau banyak pula benda kebetulan yang terjadi skali ngan aku nye “projek” tu. Dah la kawan aku yang sorang ni asyik duk “cucuk” je kawan ni sampai dia berangan jauh. Aduhh2…. Ntahla…

p/s: ayat ni dah rojak gile ni… sori la,” Ms. S” tak de mood sangat la ari ni…