Salam sejahtera buat semua.
Gorilla glass. Mungkin ramai yang masih kurang kenal dengan nama sejenis gelas ni. Saya sendiri pun tak pernah dengar nama ni sehinggalah saya mula memakai HTC Desire S bagi program Maxis10. Gorilla glass menjadikan skrin sesentuh smartphone lebih tahan dan kacak.
Mungkin ramai juga yang salah faham apabila saya sebutkan skrin Gorilla Glass HTC Desire S saya ini telah pun tercalar. Ramai yang terkejut kerana mereka menyangka skrin Gorilla Glass tidak akan tercalar. Kenyataannya, Gorilla Glass hanyalah scratch resistant, bukanlah scratch proof. Logiknya, mana ada benda dalam dunia ni yang tahan musnah!