Tag: beliamuda.com

  • beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun

    Salam sejahtera buat semua.

    beliamuda

    Tema yang digunakan sebelum ni…

    Setahun sudah berlalu sejak kali pertama nama beliamuda {dot} com mula muncul di alam internet. 9 Mac 2009 menandakan hari domain blog ini didaftarkan untuk kali pertama dan sudah lengkaplah usia blog ini setahun. Baru setahun jagung.

    Kali pertama bertapak di hosting TNN sebelum beralih arah ke Serverfreak awal tahun ini. Domain ini masih lagi di bawah pendaftar (baca: registrar) yang sama. Sepanjang setahun yang lalu, pelbagai perkara telah ditempuhi dalam berblog di platform wordpress self-hosting berbayar.

  • Nuffnang Saya Sedang Tidur Nyenyak

    Salam sejahtera buat semua.

    nuffnang

    Sejak kebelakangan ini, simptom nuffnang tidur (nuff zzz) semakin menjadi-jadi di blog ini. Semuanya bermula sejak seminggu yang lalu, iaitu apabila buffered earning terputus buat kali pertama dalam tempoh enam bulan.

    Dengan terputusnya buffered earning, maka amatlah sukar untuk melihat iklan nuffnang keluar di blog ini. Daripada sinilah lahirnya simptom nuff tido. Rasa macam hilang seri apabila tiada iklan nuffnang keluar.

    (more…)