Sebelum Bergerak Pulang ke UTP

Salam sejahtera buat semua.

Rumah Che Ibrahim

Nampaknya percutian midsem telah menghampiri ke penghujungnya. Pagi ini saya akan bergerak pulang semula ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bersama-sama dengan tiga lagi rakan iaitu Farhan Faiz, Khairul Anuar dan Amir Maliki.

Rasa cepat je cuti ni berlalu. Lagipun, cuti midsem kali ni bukan lama sangat pun. Sekadar diberi cuti pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Rakan-rakan dan saya bernasib  baik kerana kelas terakhir adalah pada hari Isnin, maka kami berpeluang untuk pulang pada petang hari Selasa.

Continue reading

Tiba jua di kampung halaman untuk beraya

Salam sejahtera buat semua.

UTM balik kampung

Gambar Hiasan (Pelajar UTM)

Alhamdulillah. Selamat sampai juga akhirnya ke rumah. Perjalanan dalam bas yang macam biasa menyebabkan aku menggigil dengan kesejukan yang menusuk sampai ke tulang. Serius, memang sejuk betul.

Rasanya, kebanyakan pembaca-pembaca blog dan juga pengguna internet di Malaysia dah ramai yang offline. Maklumlah, semua nak balik beraya ke kampung. Tak kurang juga blogger yang menyatakan ada penurunan mendadak trafik. Sape la kan yang nak beraya depan internet ni. Yang tak balik kampung je la kot. Huhu~

Continue reading