Mumble-less Monday #25: Kad EZ-Link Singapura

Salam sejahtera buat semua.

Kad ezlink, sama macam kad TnG di Malaysia

Kad Ez-Link di Singapura lebih kurang sahaja dengan kad Touch ‘n Go di Malaysia dari segi kegunaan. Sejak minggu pertama saya berada di sini lagi saya telah diberitahu mengenai kad ini oleh rakan sekerja.

Namun, memandangkan tiada keperluan untuk menggunakan perkhidmatan awam pada waktu itu, saya tidak memiliknya. Akhirnya, saya membeli juga kad EZ-Link ini semalam di 7-Eleven dengan harga SGD10 (SGD5 untuk harga sekeping kad dan lagi SGD5 untuk baki nilai dalam kad).

Continue reading

Kemaskini 7 Eleven

Salam sejahtera buat semua.

enigma

Kenapa 7 Eleven? Ni tarikh semalam sebenarnya. Patutnya semalam la kan tulis tajuk macam ni, tapi sebutan tu macam best je, jadi sesuai dibuat tajuk la kan. Kebetulan pula, memang entri ni berkaitan dengan apa yang berlaku semalam.

Apa yang berlaku semalam eh? Ringkasnya, semalam memang penat sangat, tiba-tiba teringat kat kampung halaman, Kelantan kalah Piala Malaysia, dan entri yang dikatakan panas oleh seorang rakan.

Continue reading