Tag: 2009

  • beliamuda.com kini dihoskan di Serverfreak

    Salam sejahtera buat semua.

    serverfreak

    Salah satu langkah baru dalam menjejakkan kaki di tahun baru 2010. Akhirnya, beliamuda {dot} com telah berpindah ke hosting baru. Setelah hampir tujuh bulan bersama TNN Hosting, blog ini telah berpindah ke Serverfreak. (more…)

  • New Year 2010 – 2009 Flashback

    Greetings to all.

    Green forest

    Just few hours left before 2010 start to push away 2009. Well, I did write something like this last year. It is written in English but not in this blog.

    Then, people start to talk about New Year resolution. That’s what we call AZAM TAHUN BARU. What I can say about this eh? Sigh~

    (more…)

  • Koleksi Google Holiday Logos 2009

    Salam sejahtera buat semua.

    Akhirnya, lengkap jugak Google Holiday Logos 2009. Salah satu doodle tu pernah saya masukkan dalam entri sebelum ni dikala bosan takde idea nak update blog. Hehe. Boleh tengok di Google Doodle Happy Holidays.

    Siapa yang selalu buka homepage Google memang akan perasan la doodle yang berubah-ubah selama lima hari ni. Bagi korang yang malas nak gi tengok kat Google, boleh je tengok terus kat bawah ni.

    (more…)

  • 2008 – Menanti tirainya dilabuhkan

    Tidak beberapa lama lagi, tirai 2008 akan berlabuh dan 2009 akan memulakan pentasnya. Apa yang telah kita capai sepanjang 2008?

    Bagi aku sendiri, tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar. Sedikit kesilapan dan kealpaan dalam percaturan hampir membawa kemusnahan. Tapi, nasib baik tak sampai tahap tu lagi. Apa yang lebih menarik, berakhirnya tahun 2008, bermakna angka satu (1) tidak akan muncul di depan umurku. Tahun hadapan, iaitu esok, secara tak rasmi, aku akan berumur 20 tahun. Secara rasminya, aku akan beurmur 20 tahun 10 hari kemudian. Sahabatku, anda bagaimana?

    Prestasi akademik tahun 2008 agak mengecewakan. Dengan permulaan GPA yang sedikit rendah, nampaknya perkara yang sama bakal berulang untuk semester kedua. Semakin berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Walaupun aku cuba berubah untuk semester kedua, keadaan tidak banyak bezanya dan menjadi lebih teruk terutama semasa menduduki kertas terakhir. Risaunya…

    Sepanjang cuti semester, aku cuba mencari identiti dan jalan yang telah aku tinggalkan. Jalan yang dulu pernah aku lalui, tapi kerana sukar, aku lari. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. Bantulah aku untuk kembali ke jalan yang betul!

    Aku mencari semula semangat yang hilang,
    Di sebalik jiwa yang kusut,
    Untuk berada di jalan yang lurus,
    Meneruskan kembali perjuangan yang ditinggalkan.

    Selamat tinggal 2008. Akanku kenangmu dalam diari hidupku.

    beliamuda: dimanakah anda di malam ini?