Pemeriksaan Kereta Percuma dengan Perodua Tweckbot Sebelum Raya

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Viva

Saya adalah salah seorang pengguna kereta Perodua walaupun Perodua Viva yang saya pandu itu bukanlah milik saya. Sejak hampir dua tahun saya menggunakan Perodua Viva, sudah banyak kali saya menghantar kereta untuk diservis. Memang servis Perodua sangat memuaskan!

Kali terakhir saya menghantar Viva untuk diservis adalah lima bulan yang lalu yang mana pada waktu tersebut saya telah terserempak dengan seorang blogger. Mengikut perancangan waktu tu, waktu servis yang seterusnya untuk Viva adalah sekitar sebelum balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.

Continue reading

Aktiviti Waktu Makan Tengah Hari di Bulan Ramadan

Salam sejahtera buat semua.

Site Office 4 Sembawang Shipyard

Rakan-rakan sekerja yang lain akan keluar makan di kafe seperti biasa sebaik sahaja tiba waktu makan tengah hari. Tapi saya tidak turut serta kerana berpuasa dan terus berada di dalam pejabat.

Masa inilah peluang yang saya ada untuk online. Nak harapkan waktu selepas berbuka puasa dan terawih, memang payah sikit la sebab badan yang penat dan rasa mengantuk. Kena pula nak bangun awal pagi untuk bersahur.

Continue reading

Perarakan Masuk Kontinjen Malaysia di Olimpik London 2012

Salam sejahtera buat semua.

Malaysia di Olimpik London 2012

Sesungguhnya tiada dalam perancangan pun untuk menonton majlis pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London. Memang tak tahu pun yang majlis pembukaan adalah pada pagi ini.

Kebetulan jenguk Youtube selepas sahur, ada siaran langsung perarakan masuk kontinjen yang bertanding di Olimpik London 2012. Dengan kelajuan Internet yang mampu menampung untuk streaming Full HD, dapatlah buat screenshot yang jelas dan terang.

Continue reading

Gugurnya Bunga Alpinia di PETRONAS Methanol Labuan

Salam sejahtera buat semua.

Bunga Alpinia Terbakar

Saya tidak pernah kenal dengan Bunga Alpinia. Apatah lagi kapal MT Bunga Alpinia milik MISC yang semalam telah terbakar di PETRONAS Methanol Labuan.

Kebakaran yang terjadi semalam dikatakan berpunca daripada sambaran kilat sewaktu proses memuatkan kargo yang telah hampir penuh. Methanol merupakan bahan kimia yang mudah terbakar. Percikan api yang kecil sudah cukup untuk menyebabkan kebakaran terjadi.

Continue reading

Laman 21 - 306« Mula...10...1920212223...304050...Akhir »