Category: Pendidikan

  • Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Setelah lebih sebulan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 diumumkan kepada pelajar darjah enam yang telah pun mengakhiri zaman sekolah rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun mengumumkan keputusan permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pelajar Tingkatan 1 untuk sesi tahun 2011.

    Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi Tahun 2011

    Pelajar-pelajar yang menduduki UPSR 2010 boleh menyemak keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 secara dalam talian (baca: online).

  • Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Sudah puas kita berteka-teki dengan lepasan Tingkatan 3 tentang tarikh pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010, pengumuman rasmi telah pun dikeluarkan semalam. Pasti ramai yang sudah tahu tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2010.

    Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini, iaitu Khamis depan. (seperti dalam jangkaan awal sebelum ini dan merupakan tarikh yang paling diyakini).

    (more…)