Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Logo 20 SBT 2010

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Keputusan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010

Salam sejahtera buat semua.

Hari ni, keputusan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 4 untuk tahun 2010 baru sahaja diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan secara online mulai hari ni. Continue reading

Tawaran Dermasiswa Tunku Abdul Rahman 2010

Salam sejahtera buat semua.

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Dermasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.

Continue reading

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2010

Salam sejahtera buat semua.

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.

Continue reading