Category: Motivasi

  • 5 Tip Pengurusan Masa yang Efektif

    1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelakkan momentum tersebut hilang “umhnya”.
    2. Tahu dan kenal pasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang penting dan perlu disiapkan segera.
    3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda. Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.
    4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri untuk sesetengah keadaan. Kadang kala anda perlu mengikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya yang perlu dibantu.
    5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

    beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

  • Santapan Rohani

    Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah.

    Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata “Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah.
    Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya.”

    Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.

    InsyaALLAH..muhasabah diri..

    ***hari terakhir puasa – 30 Ramadhan 1428 Hijrah