Category: Melodi D’ Hujung Minggu

  • (UNIC) Sangkar Hati: Perjuangan Palestin

    Salam sejahtera buat semua.

    Cover Album Hijrah UNIC

    Kebelakangan ini, isu negara Palestin dan pendatang haram Isreal kembali menjadi isu hangat yang sering diperkatakan saban hari di Malaysia. Semuanya bermula apabila ada ahli politik yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan negara haram Israel sehinggakan kebanyakan pihak mula menyatakan pendirian masing-masing.

    Dalam tulisan kali ini, saya bukannya ingin mengutarakan pandangan saya berkaitan hal tersebut melainkan berkongsi dengan anda sebuah lagu oleh kumpulan UNIC yang terdapat dalam album Hijrah. Lagu tersebut ialah Sangkar Hati yang menggambarkan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin.

    (more…)

  • ( @HafizHamidun ) La Ilaha Illallah: Zikir Terapi Diri

    Salam sejahtera buat semua.

    Album Zikir Terapi Diri

    Hafiz Hamidun merupakan bekas ahli kumpulan UNIC yang mula mecipta nama sekitar tahun 2003 – 2006 (semasa saya di zaman sekolah menengah) kini muncul dengan album baru yang diberi nama Zikir Terapi Diri. Bagi yang mengikuti abang Hafiz Hamidun di Twitter pastinya tahu sepanjang beberapa minggu lalu beliau agak sibuk dalam siri promosi album terbaru ini di beberapa kawasan di Malaysia.

    Kini, salah satu zikir yang dimuatkan dalam album tersebut telah pun dimuatnaik di Youtube dengan klip video menarik, yang saya kira video rasmi untuk zikir tersebut. Video tersebut dihasilkan oleh Arteffects International.

    (more…)