Category: Kehidupan

  • Gagal 775 kali ujian memandu

    SEOUL 24 Feb. – Seorang wanita Korea Selatan, gagal dalam 775 ujian memandu dalam tempoh empat tahun lalu tetapi masih bertekad untuk terus mencuba sehingga berjaya.

    Cha Sa-soon, 68, telah mencuba sejak 2005 untuk lulus ujian bertulis bagi mendapatkan lesen memandu, namun sehingga kini beliau masih gagal memperoleh minimum 60 peratus yang ditetapkan untuk lulus.

    Sa-soon berazam untuk mendapatkan lesen tersebut bagi membolehkannya memiliki sebuah trak untuk memulakan perniagaan sendiri, telah membelanjakan lebih 10 juta won (kira-kira RM23,800) untuk melalui proses ujian berkenaan.

    “Saya percaya anda akan dapat mencapai matlamat anda jika anda bersungguh-sungguh mengejarnya. Jadi jangan hapuskan impian anda, seperti saya. Kuatkan diri dan lakukan terbaik,” katanya. – REUTERS

    Semasa memulakan rutin harian pada hari ini dengan membaca suapan (baca: feed) yang aku langgan melalui Greader, satu berita di Utusan Malaysia menarik perhatian aku. Tajuk berita, “Gagal 775 kali ujian memandu”. Benda pertama yang datang dalam kepala aku, ini mesti bukan berlaku di Malaysia. Kalau di Malaysia ni, setakat gagal dua tiga kali tu biasalah. Tapi, yang lebih daripada tu mustahil sekali untuk didengar. Paling tidak, ada la sedikit duit kopi yang dihulur. Tak pun, buat lesen terbang (banyak lagi ke kes macam ni sekarang?).

    Sekadar gambar hiasan

    Dalam ujian memandu, aku hanya pernah kena ulang sekali sahaja. Itu pun untuk motorsikal, ujian Bahagian III. Masa ujian ulangan tu, aku seorang sahaja yang ada di situ kerana aku tiba agak lewat di Pusat Memandu. Bila sampai je, tengok semua orang dah balik. Nasib baik orang JPJ tu masih ada. Aku pun memulakan ujian ulangan aku. Sepatutnya, aku masih tidak lulus pada hari tersebut, tetapi kerana mood pemeriksa tu tengah baik, dia bagi aku lulus. PERHATIAN! – Aku tak hulur apa-apa ya kepada orang JPJ tu.

    Tempoh waktu aku memegang lesen L agak lama, iaitu lebih kurang setahun. Masa aku memulakan latihan memandu, waktu tu dah akhir bulan Disember. Awal bulan Januari, aku telah mendaftar masuk ke UTP. Dalam tempoh tu, terpaksalah aku memperbaharui lesen L beberapa kali. Ramai juga kawan-kawan aku yang mengambil tempoh yang lama untuk mendapatkan lesen. Bukan kerana tidak tahu, tetapi rata-rata kerana telah menyambung pelajaran. Kebanyakannya, kawan-kawan daripada UTP lah. Entah-entah, ada yang kena ulang balik daripada awal. Kena bayar balik. Rugi masa, tenaga dan wang ringgit. Nasihat aku, kalau nak ambil lesen tu, pastikan ada ruang masa dan wang yang cukup. Kalau tak cukup lagi, tangguh la dulu. Nanti membazir saja. Kalau setakat nak bawa motor dalam UTP ni, tak perlu lesen la. Tak pernah lagi Pok Gad tahan semata-mata untuk minta lesen.

    beliamuda: meraikan rumet yang baru mendapat lesen P. Tahniah!

  • 7 Soalan Lelaki Kepada Pasangannya

    1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
    2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
    3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
    4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
    5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
    6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
    7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

    beliamuda: untuk lebih lanjut mengenai perkara di atas, sila ke Saifulislam.