Category: Isu semasa

  • Pilihan Raya Kecil – ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia

    Salam sejahtera buat semua.

    Baru sebulan yang lalu kita mendapat berita kematian ADUN Permatang Pasir, Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman yang membawa kepada Pilihan Raya Kecil pada 25 Ogos lalu. Hari ini, kita dikejutkan pula dengan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN).

    Petikan berita daripada Utusan Malaysia Online.

    PORT DICKSON 4 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pukul 2.30 petang ini.

    Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu. – Utusan

    Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd. Noor.

    (more…)

  • Bodoh macam lembu dan satu penghinaan

    Salam sejahtera buat semua.

    kaitan-dengan-lembu

    Sinonim tak lembu dengan kebodohan? “Bodoh macam lembu la kau ni”. Pernah dengar tak? Rasanya orang sekarang, terutama remaja dah tak guna ayat lembu lagi dah. Dah ada ayat lagi “power”. Macam babi, sial, dow dan seangkatan. Dah tak main dah lembu-lembu ni.

    Rasanya tak ramai yang tahu pasal kisah kepala lembu ni kan? Biasalah, kisah ni tak masuk akhbar utama pun. Rasanya tak terbaca pun dalam Utusan Malaysia. Ke ada korang jumpa?

    (more…)

  • Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir N11

    Salam sejahtera buat semua.

    Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian dibuka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Lapan pusat pengundian itu ialah:

    1. SJKC Lay Keow Permatang Pauh
    2. SMK Sama Gagah
    3. SK Permatang Pauh
    4. SK Permatang Pasir
    5. SK Bukit Indra Muda
    6. SJKC Kubang Semang
    7. SK Seri Penanti
    8. Sek Rendah Islam Al-Masriyah

    Berikut adalah keputusan semasa pengiraan undi di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir N11. Keputusan adalah tidak rasmi dan akan di kemas kini daripada semasa ke semasa. (more…)

  • H1N1: Kronologi Kematian (10 Pertama)

    Salam sejahtera buat semua.

    H1N1banner.jpg

    Tentu ramai yang dah dengar ayat sinikal ni kan.

    Mungkin singa dan harimau perlu mengaum untuk menakutkan manusia, namun babi hanya perlu sekadar bersin sahaja untuk menakutkan manusia sejagat di seluruh dunia

    Semakin hari, jumlah kematian di Malaysia meningkat sejak kes pertama kematian dilaporkan pada 22 Julai yang lalu. Agak terkejut juga apabila penularan menjadi semakin serius sehingga Perdana Menteri sendiri menyatakannya.

    Di bawah ini dipaparkan kronologi kematian akibat H1N1 (10 kematian pertama) yang telah mengorbankan 18 orang sehingga kini.

    (more…)