Category: Mumble-less Monday

  • Mumble-less Monday #19: Sepasang Sepatu Hitam Lusuh

    Salam sejahtera buat semua.

    Kasut Hitam Lusuh

    Sepatu hitam lusuh ini sudah mulai dipakai sejak awal tahun 2007 sebelum saya memulakan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekarang, sudah lima tahun kasut ini memberikan khidmat. Walaupun jarang sekali digunakan semasa berada dalam pengajian, penggunaannya semakin meningkat tatkala waktu beredar. Kini, saya memakainya setiap hari bekerja.

  • Mumble-less Monday #18: Kad Ucapan Tahniah Dapat Kerja

    Salam sejahtera buat semua.

    Kad Tahniah Kerja

    Kad ucapan tahniah dapat kerja ini diberi oleh mak saudara saya yang berada di Gombak. Sepatutnya kad ini dihantar terus ke rumah sebelum saya mula bekerja di Puchong, tapi sebab saya sampai lebih awal maka kad ini diberi terus. Sebenarnya saya baru sahaja dapat kad ini semasa menziarahi dia pada hujung minggu lalu.