Category: Mumble-less Monday

  • Mumble-less Monday #25: Kad EZ-Link Singapura

    Salam sejahtera buat semua.

    Kad ezlink, sama macam kad TnG di Malaysia

    Kad Ez-Link di Singapura lebih kurang sahaja dengan kad Touch ‘n Go di Malaysia dari segi kegunaan. Sejak minggu pertama saya berada di sini lagi saya telah diberitahu mengenai kad ini oleh rakan sekerja.

    Namun, memandangkan tiada keperluan untuk menggunakan perkhidmatan awam pada waktu itu, saya tidak memiliknya. Akhirnya, saya membeli juga kad EZ-Link ini semalam di 7-Eleven dengan harga SGD10 (SGD5 untuk harga sekeping kad dan lagi SGD5 untuk baki nilai dalam kad).

    (more…)

  • Mumble-less Monday #24: Pasal PETRONAS

    Salam sejahtera buat semua.

    Suria KLCC dan Menara Berkembar PETRONAS

    Ramai pulak rakan-rakan yang berkongsi tulisan Reuters mengenai laporan khas berkenaan PETRONAS. Bahan bacaan yang tidak boleh dihadam begitu sahaja. Patut dibaca oleh rakyat Malaysia.

    Minggu lepas ada dapat panggilan temuduga daripada PETRONAS di Miri. Panggilan telefon masuk di kala sibuk dengan misi Helang Laut. Ringkas percakapan diantara kami yang berakhir dengan penolakan saya terhadap panggilan temuduga tersebut. Belum tiba masanya lagi.

    (more…)