Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dirancangkan sebelum cuti sem bermula dengan Anuar dan Faris, sehari sebelum sem baru bermula, Nur Kasih The Movie harus ditonton.
Sebaik sahaja tiba di Ipoh dalam perjalanan pulang dari Kelantan, kami terus saja menuju ke Kinta Cinty untuk medapatkan tiket wayang Nur Kasih The Movie, takut tiket akan habis sebelum sempat dibeli untuk tontonan hari ni. Tambahan lagi di hujung minggu, mesti ramai yang keluar untuk menonton wayang.
Menjadi lebih menarik apabila kami berpeluang melihat bahagian lain Ipoh sebab pandai-pandai je masuk dari susur PLUS ke Gunung Lang selepas exit Tol Jelapang. Sepatutnya masuk susur yang lebih depan lagi dan terus jumpa dengan Kinta City. Kebetulan pulak hujan lebat masa tu.