Category: Instagram

  • SIM Kad Biru Lama Dalam Henpon

    Salam sejahtera buat semua.

    Dah lama tak keluarkan simkad biru ni...

    Entah berapa lama dah SIM kad biru ni kali terakhir dibawa keluar dari Nokia X2-00.

    SIM kad biru ni akhirnya terpaksa dibawa keluar juga petang tadi. Bukan sebab nak tukar ke henpon baru, tapi ada rakan sekerja nak guna henpon untuk urusan kerja.

    (more…)

  • Misi Semakan Gelung Projek Atas Kapal

    Salam sejahtera buat semua.

    CA100 dan Walkie Talkie

    Setelah hampir sebulan sibuk dengan urusan pemasangan dan modifikasi sistem untuk projek atas kapal nombor 1 di Singapura, fasa kedua bermula apabila keseluruhan sistem berjaya dihidupkan dengan bekalan kuasa UPS.

    (more…)

  • Mee Sedap dengan Telur Dadar dan Keju

    Salam sejahtera buat semua.

    Megi Goreng Telur Keju

    Sudah menjadi kebiasaan untuk saya makan mee segera sejak dua bulan berada di Singapura. Bukan setakat jimat, tapi paling mudah dan senang kalau nak dimasak.

    Bosan juga sebenarnya kalau makan mee segera macam tu je walaupun ada pelbagai jenis pilihan. Untuk ada kelainan, haruslah masuk telur sebiji.

    (more…)

  • Nikmat Kalau Dapat Makan Durian!

    Salam sejahtera buat semua.

    Durian yang enak!

    Sebelum berangkat ke Singapura dua minggu lepas, saya tak melepaskan peluang untuk merasai nikmat makan buah durian. Masa tu ada dua jenis pilihan durian iaitu Musang King dan satu lagi jenis durian yang saya beli di atas (dah lupa nama apa).

    Yang Musang King tu lagi mahal la daripada yang ni. RM25 dapat satu bungkus Musang King, tapi untuk jenis yang ni dapat dua. Balik makan dengan rakan serumah, lagi syok!

    (more…)