Category: Berita Semasa

  • Majlis Konvokesyen Ke-12 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

    Salam sejahtera buat semua.

    Majlis Konvokesyen 12 UTP

    Hampir sembilan bulan sejak saya meninggalkan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) setelah menamatkan pelajaran pada bulan Januari lalu, baru beberapa hari yang lalu timbul maklumat mengenai Majlis Konvokesyen Ke-12.

    Jujurnya, tidak terasa langsung kemeriahan majlis konvokesyen sebab tiada sebarang maklumat rasmi atau surat-menyurat yang diberikan kepada bekas mahasisiwa UTP padahal konvokesyen hanya tinggal sebulan sahaja lagi.

    (more…)

  • Penerbangan Sulung Kota Bharu-Singapura oleh Firefly

    Salam sejahtera buat semua.

    Firefly (FY/FFM) / ATR-72-500 (ATR-72-212A) / 9M-FYJ / 10-13-2011 / SIN

    10 Ogos 2012 menandakan bermulanya perkhidmatan terbaru daripada Firefly untuk laluan Kota Bharu-Singapura apabila penerbangan sulung bagi laluan ini bermula pada hari ini. Penerbangan FY3587 akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 9:50 pagi ini dan dijangka tiba dua jam kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

    Selepas itu, penerbangan FY3586 pula akan berlepas dari Singapura ke Kota Bharu pada pukul 12:30 tengah hari. Penerbangan pertama ini merupakan permulaan bagi perkhidmatan laluan penerbangan terus Kota Bharu-Singapura dengan kekerapan empat kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

    (more…)