Salam sejahtera buat semua.
Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.4 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih pepijat yang membolehkan pengguna tahap Editor mendapat akses lebih luas dalam laman WordPress.
Selain itu, kemaskini ini juga membaik pulih beberapa masalah sekuriti dan mengukuhkan lagi tahap sekuriti. Bagi laman berbilang penulis dan pengguna, kemaskini amat digalakkan. Versi terbaru ini adalah kemaskini untuk kesemua versi terdahulu WP.