Salam sejahtera buat semua.
Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.
Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.