Nikmatnya Dapat Makan Dengan Tangan!

Salam sejahtera buat semua.

Nasi Lemak di Singapura

Sejak saya menjejakkan kaki di Singapura pada 30 April yang lalu, baru semalam saya dapat menjamah nasi dengan tangan. Sebelum ini, setiap kali makan saya perlu menggunakan sudu dan garfu. Nikmat sebenarnya dapat makan dengan tangan sendiri. Memang lain rasanya!

Gambar nasi lemak di atas adalah juadah pertama yang saya makan di sini iaitu di Hot & Spicy Nasi Lemak Restaurant di Pasir Panjang. Walaupun harganya boleh dikatakan mahal berbanding juadah makanan yang boleh didapati di tempat lain, hidangan nasi lemak yang berbeza daripada kebiasaan menjadikan hidangan nasi lemak lebih menarik. Semestinya saya makan dengan sudu dan garfu di restoran ini.

Continue reading

Sarapan pagi bersama LipanKatKaki

Salam sejahtera buat semua.

Sarapan dengan LipanKatKaki

Kali pertama keluar bersarapan di warung kawasan Kilang Lama (Kelang Lama), Kulim bersebelah dengan warung Bihun Sup Pak Long bersama-sama dengan Fauzi (LipanKatKaki).

Tengok muka dah boleh agak betapa gembiranya dia. Mana taknya, dengan dua bungkus nasi lemak + sebunkus bihun + lempeng, memang itu boleh buat dia tersenyum riang.

Continue reading