Detik-Detik Meninggalkan UTP

Salam sejahtera buat semua.

Meja Studi UTP

Sudah hampir sebulan berlalu sejak saya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) setelah cukup lima tahun saya berada di sana bermula daripada Januari 2007. Genap lima tahun di sana menandakan tamat sudah pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan Kimia.

Kenapa saya tidak menulis di sini sebaik sahaja selepas tamat pengajian di UTP? Kesempatan masa dan peluang untuk menulis itu terhad sebaik sahaja saya kembali ke rumah tempoh hari. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk saya mengimbau semula hari-hari yang dilalui sepanjang minggu terakhir berada di UTP.

Continue reading

Studi di IRC bersama Geng Control CJ07

Salam sejahtera buat semua.

Studi di IRC

Macam tak terasa je yang hakikatnya sekarang ni sedang berada dalam musim final exam. Sekarang ni cuma tinggal satu paper je lagi. Tiga paper telah ditempuhi beberapa hari yang lalu. Selepas paper terakhir ni, maka berakhirlah Final Year, First Semester di UTP.

Continue reading

Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

Salam sejahtera buat semua.

surat saman utp
Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

Continue reading