Mesej dan Simbol Infeksi: Gimik Melampau dan Pendedahan Sebenar!

Salam sejahtera buat semua.

Simbol Infeksi

Mengimbau kembali sebuah mesej infeksi yang saya terima dua hari lalu, rupa-rupanya ia telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam kepada penerima mesej tersebut. Paling tidak, si penerima mesej yang penuh misteri itu menyangka ianya mengandungi virus.

Tanpa diduga, mesej infeksi ini turut hadir dengan pelbagai tanda infeksi (simbol) yang muncul pada gambar, video di Youtube, surat khabar arus perdana dan kaca televisyen. Pasti ada penjelasan untuk semua ini, bukanlah sekadar misteri yang dikaitkan dengan perkara karut. Buang jauh-jauh kaitan simbol dan mesej infeksi ini dengan kedatangan alien dan fahaman menyimpang yang lain.

Continue reading

DING! Flash Message daripada 25333

Salam sejahtera buat semua.

Flash Message 25333

DING! Nantikan infeksi yg akan merebak ke seluruh negara tak lama lagi!

Pagi tadi ada kawan bertanyakan adakah saya ada mendapat mesej seperti di atas. Katanya, mereka ada menerima satu flash message yang agak misteri. Disebabkan dua-dua rakan yang dapat mesej tu menggunakan hp Sony Ericson, maka mesej tersebut tidak dapat disimpan dan terus terpadam (itulah fungsi flash message).

Continue reading

TVC PETRONAS untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2011

Salam sejahtera buat semua.

Seperti biasa, PETRONAS tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan iklan TV komersil (TVC) bersempena dengan perayaan yang diraikan di Malaysia. Untuk perayan sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2011, PETRONAS sekali lagi mengeluarkan TVC baru yang membawa mesej kekeluargaan.

Mungkin agak terlewat untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan di sini sebab TVC ini sudah hampir seminggu dikeluarkan dan telah disiarkan di kaca TV. Apapun, semoga kita dapat menangkap mesej yang ingin disampaikan melalui TVC ini. Saksikan TVC tersebut dalam video di bawah.

Continue reading