Salam sejahtera buat semua.
Semalam, Perodua Myvi 2011 iaitu generasi Perodua Myvi yang kedua telah dilancarkan bagi menggantikan model generasi pertama yang telah diberhentikan pengeluaran sejak April lalu. Terdapat tiga varian dalam barisan Perodua Myvi 2011 iaitu Standard, Premium dan Elegance.
Di antara ketiga-tiga varian dalam Perodua Myvi 2011, varian Elegance adalah yang paling lengkap antara semua. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Perodua Myvi 1.5 akan turut dilancarkan, namun kesemua varian yang dilancarkan semalam adalah daripada barisan Perodua Myvi 1.3.