Mumble-less Monday #17: Pejabat Urusan Wisma Yokogawa

Salam sejahtera buat semua.

Pejabat Urusan Wisma Yokogawa

Sudah masuk minggu keempat sejak saya mula bekerja di Pejabat Urusan Wisma Yokogawa. Maknanya, sudah hampir sebulan jugalah saya di sini. Sebaik sahaja graduasi awal bulan Januari lalu, tidak panjang masa cuti saya di rumah. Buat masa ini, saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan suasana kerja di Yokogawa.

Continue reading

Detik-Detik Meninggalkan UTP

Salam sejahtera buat semua.

Meja Studi UTP

Sudah hampir sebulan berlalu sejak saya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) setelah cukup lima tahun saya berada di sana bermula daripada Januari 2007. Genap lima tahun di sana menandakan tamat sudah pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan Kimia.

Kenapa saya tidak menulis di sini sebaik sahaja selepas tamat pengajian di UTP? Kesempatan masa dan peluang untuk menulis itu terhad sebaik sahaja saya kembali ke rumah tempoh hari. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk saya mengimbau semula hari-hari yang dilalui sepanjang minggu terakhir berada di UTP.

Continue reading