Ucapan Selamat Berpuasa Daripada Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat

Salam sejahtera buat semua.

Rumah Che Ibrahim

Sesekali menerima ucapan selamat berpuasa daripada rakyat Malaysia yang berada di luarĀ  negara, sedikit sebanyak membuatkan saya bersyukur menyambut Ramadhan di sini. Walaupun jauh juga dari kampung halaman, namun masih lagi berpeluang untuk bersama-sama dengan muslim yang lain dalam suasana yang selesa.

Telahan saya, mungkin kemeriahan menyambut bulan Ramadhan di perantaun mungkin jauh berbeza, terutamanya jika berpuasa di negara yang majoriti penduduknya bukan beragam Islam.

Love For Libya: Protes Serangan AS di Libya

Salam sejahtera buat semua.

Banner "Love for Libya"

Show your support for Libya! Love For Libya!

Semasa kelas Malaysia Studies minggu ni, Dr. Muhaimin Sulam telah meminta kami untuk menandatangani banner bantahan serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu ke atas Libya. Banner ini adalah hasil usaha anak perempuan Dr. Muhaimin (dikatakan berusia 19 tahun) yang akan mengikuti protes di depan kedutaan AS (tidak pasti bila).

Continue reading

Membeli Belah Barangan Berjenama Dari AS Dengan vsHub Pada Harga Yang Murah

Salam sejahtera buat semua.

vsHub Share Program

Setiap kali ada produk baru diperkenalkan di peringkat global seperti gajet-gajet canggih (iPhone, iPad, PS3 dan sebagainya) mesti produk ni akan keluar dulu di Amerika Syarikat (AS) dan kita di Malaysia putih mata je la menunggu produk tu nak sampai ke Malaysia.

Saya ada beberapa orang rakan yang melanjutkan pelajaran je AS dan Australia. Pada masa tu (tahun 2008) mereka semua dah mula pakai iPhone, sedangkan di Malaysia, baru tahun lalu iPhone dibawa masuk oleh Maxis. Sama juga la dengan Blackberry (BB) dan Google Nexus. Lagi tak best bila gajet yang dibawa masuk tu mesti lagi mahal.

Continue reading