Salam sejahtera buat semua.
Alhamdulillah, dapat cuti penuh pada hari Jumaat yang sepatutnya bekerja tapi masih dapat gaji separuh hari. Kalau Supervisor (SV) pun dah bagi kebenaran untuk cuti, giranglah hati menyambut. Semalam pun hanya buat kerja pada sebelah pagi je.
Dapat cuti tambahan sekali bersambung dengan cuti hujung minggu ni rasa macam panjang je cuti. Nak gi jalan kat mana eh? Petang ni dah rancang nak pusing ke kawasan Serdang-Selama (sempadan Kedah-Perak). Pemandu pelancong pun dah sedia untuk berkhidmat. 🙂