Promosi Celcom XPAX Frequency Reload

Salam sejahtera buat semua.

Celcom Xpax

Korang tahu tak apa kebendanya Promosi Celcom XPAX Frequency Reload ni? Mungkin ada yang dah tahu dan pernah dengar tapi ada yang masih kurang faham dengan promosi ni.

Promosi ini sudah diperkenalkan seawal 22 Januari dan tamat pada 28 Februari 2011. Faktanya, saya mengetahui mengenai promo ini melalui fungsi *118# semasa promo ini baru sahaja dikeluarkan dan saya telah pun menghabiskan 10 kali tambah nilai (baca: reload @ topup). Maknanya, saya dah merasa kesemua imbuhan yang ditawarkan dalam promosi ini.

Continue reading

Celcom RM2 Bundle Service

Salam sejahtera buat semua.

Celcom Xpax

Sebut saja Xpax, U.O.X atau S.O.X, pastinya ramai yang tahu ini semuanya pakej prabayar daripada Celcom. Pakej-pakej ini biasanya disasarkan kepada para remaja (U.O.X dan Xpax) dan pelajar sekolah (S.O.X). Ada juga lain-lain pakej seperti Celcom Blue dan Celcom Sukses.

Jika anda adalah pengguna prabayar bagi pakej-pakej di atas, anda mungkin ada mendapat SMS daripada Celcom yang menawarkan satu servis yang saya kira sangat berbaloi bagi sesetengah pengguna.

Continue reading

Cara pemakaian topeng penutup mulut

Salam sejahtera buat semua.

Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.

Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.