Jangan Mengalah Pada Amarah

Salam sejahtera buat semua.

ANGRY BOY!

Ada orang yang mudah menyerah kepada emosi marah tatkala terjadinya insiden atau kejadian yang tidak memuaskan hatinya. Yang menjadi mangsa adalah barang yang mampu tercapai dek tangannya.

Sudah beberapa kali saya melihat insiden seperti ini terjadi kepada orang di sekeliling. Perwatakan yang kelihatan tenang tiba-tiba berubah disebabkan berlakunya perkara yang tidak menyenangkankan hati. Baran tiba-tiba menguasai hati.

Orang lain yang memerhati pun jadi takut melihat perubahan yang mendadak tersebut. Takut untuk menegur si empunya badan. Secara tak langsung, orang di sekeliling pasti merasa janggal jika kerap terjadi kejadian serupa.

Kesimpulannya, jangan menyerah kepada emosi marah anda. Orang di sekeliling akan turut merasa kesannya. Kelak anda juga yang akan menyesal!

beliamuda: Hanya memerhati dari dekat…

Comments

3 responses to “Jangan Mengalah Pada Amarah”

  1. pahan Avatar

    sokong2 bro. mohon share

    1. beliamuda Avatar

      Silakan sahaja…

  2. […] Apabila kita marah atau memungkiri kesabaran, jangan pernah biarkan dirimu ditindih amarah. Terlalu cepat berubah dan hilangnya nilai kesopanan boleh menyebabkan sahabat disekelilingmu menjauhkan diri. Saya setuju dengan kenyataan ini. – Beliamuda […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge