Salam sejahtera buat semua.
Sungguh tidak tersangkakan bahawa Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah disambut dalam keadaan diri perlu bekerja di perantauan.
Berbeza dengan aktiviti sewaktu Hari Raya Qurban beberapa tahun kebelakangan yang mana pasti akan diisi dengan kesibukan melapah daging lembu, keadaan tahun ini nyata berbeza apabila perlu berada di atas kapal.
Tidak beberapa lama dahulu, saya membuat perancangan untuk mengambil cuti panjang yang bersambung dengan Majlis Konvokesyen ke-12 UTP. Namun, perancangan lebih enam bulan yang lepas itu nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Siapa sangka, bermula 30 April 2012 yang lalu saya perlu berada di Singapura untuk urusan projek kapal. Inilah projek pertama yang saya sertai sejak bekerja dengan Yokogawa Malaysia bermula 1 Februari 2012. Projek ini sebenarnya meliputi tiga agenda peribadi yang penting untuk tahun ini iaitu Hari Raya Puasa, Konvokesyen dan Hari Raya Haji.
Nasib baik dua agenda yang pertama itu tidak terlepas. Namun, Hari Raya Haji terpaksa dikorbankan demi urusan kerja.
Kini, semuanya hampir berakhir. Tidak lama lagi saya akan pulang semula ke Malaysia. Masih lagi belum pasti halatuju seterusnya walaupun sudah kedengaran perancangan yang bos sediakan untuk saya.
beliamuda: kepada semua rakan pembaca, tidak kira di mana jua anda berada ketika ini, saya ucapkan Salam Aidiladha 1433 Hijrah!
Selamat menyambut Hari Raya Korban. Boleh dikira berkorban berkhidmat ketika sambutan perayaan.
akubiomedĀ“s last blog about ..Selamat menyambut Hari Raya Kurban
Harapnya begitulah perasaan ini…