Penerbangan Sulung Kota Bharu-Singapura oleh Firefly

Salam sejahtera buat semua.

Firefly (FY/FFM) / ATR-72-500 (ATR-72-212A) / 9M-FYJ / 10-13-2011 / SIN

10 Ogos 2012 menandakan bermulanya perkhidmatan terbaru daripada Firefly untuk laluan Kota Bharu-Singapura apabila penerbangan sulung bagi laluan ini bermula pada hari ini. Penerbangan FY3587 akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 9:50 pagi ini dan dijangka tiba dua jam kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Selepas itu, penerbangan FY3586 pula akan berlepas dari Singapura ke Kota Bharu pada pukul 12:30 tengah hari. Penerbangan pertama ini merupakan permulaan bagi perkhidmatan laluan penerbangan terus Kota Bharu-Singapura dengan kekerapan empat kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Intro 2

Sebulan yang lalu, hati resah dan fikiran hampir kusut memikirkan cara-cara untuk pulang beraya ke kampung halaman di Kelantan. Mana tidaknya, saya sekarang berada nun di jauh di selatan iaitu Singapura. Sampaikan terhasil satu entri khas pasal balik kampung sebelum ni.

Penyelesaian

Kali terakhir pulang ke kampung sebelum ni, saya terpaksa transit di LCCT terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Pelan asal adalah untuk terus berada di LCCT tanpa singgah ke rumah sewa di Puchong terlebih dahulu. Namun, perbezaan waktu penerbangan selama lima jam menjadikan pelan asal tidak boleh dilaksanakan.

Terdetik di hati sewaktu mencari alternatif pulang beraya untuk membuka laman web Firefly. Alangkah gembiranya hati pada waktu tersebut apabila saya dapati Firefly akan memulakan penerbangan terus Kota Bharu-Singapura pada 10 ogos 2012 yang akan memudahkan untuk saya pulang ke kampung halaman.

Tiket sudah pun dibeli. Kini saya hanya menanti tibanya hari Jumaat minggu depan. Semoga dipermudahkan urusan kembali bertemu keluarga dan bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri.

beliamuda: ATR-72-500!

6 thoughts on “Penerbangan Sulung Kota Bharu-Singapura oleh Firefly

  1. Pingback: Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Kembara 1000KM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge