Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh pengumuman keputusan SPM 2011?

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012 iaitu pada hari Rabu. Semakan keputusan dijangka akan dapat dibuat di sekolah masing-masing pada hari tersebut selepas pukul 10 pagi.

Dengan tersiarnya pengumuman tarikh rasmi untuk semakan keputusan SPM 2011, maka dengan ini terjawablah teka-teki tarikh SPM 2011 diumumkan dan juga menidakkan khabar angin tarikh 22 Mac 2012 hari pengumuman. Rujuk sebaran surat rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.

Surat Rasmi Tarikh Umum SPM 2011

Isi masa lapang sambil tunggu result SPM dengan melihat pameran PETRONAS F1!

Buat masa ini, masih belum ada sebaran berita rasmi mengenai cara semakan selain dilakukan dengan mengambil slip di sekolah. Dijangkakan, keputusan SPM 2011 juga akan dapat disemak dengan menggunakan SMS. Namun, keputusan SPM 2011 tidak mungkin disemak secara online melalui MPM.

beliamuda: Sebarang kemaskini lain mengenai cara semakan sama ada secara SMS dan online, jika ada akan dibuat selepas ini.

5 thoughts on “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2011

  1. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2011? | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Debaran Pelajar Lepasan SPM 2011 Menanti Semakan Keputusan | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Semakan Keputusan SPM 2011 Secara SMS dan Online | beliamuda {dot} com

  4. Pingback: Wordless Wednesday #29: Bawang Hitam | beliamuda {dot} com

  5. Pingback: Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge