Salam sejahtera buat semua.
Masa keluar ke Ipoh dengan kawan-kawan iaitu di Kinta City tempoh hari, kami ada membeli air mineral. Disebabkan malas sangat nak masuk dalam kawasan membeli-belah Jaya Jusco semata-mata untuk beli air mineral, maka kami cari sahaja mana-mana kedai yang ada jual air mineral.
Punya la hampeh bila saya seorang je yang terbeli air mineral di Big Apple yang berharga RM3.20 sebotol. Yang lain semuanya tunggu saya bayar dahulu. Lepas tu diorang beli air mineral lain yang harga untuk dua botol adalah RM3.20. Dah la sebotol yang saya punya tu cuma 500 ml sedangkan botol yang dua lagi tu adalah 600 ml setiap satunya.
beliamuda: Sebab jenama je air dah jadi mahal. Rasa air tu sama je pun…
sama gak mcm kat secret recipe
Safwan Seth´s last blog about ..iPad 3?
@Safwan Seth, haaaaa, asalnya aku lari dari Secret Recipe la. Sekali keluar mulut buaya, masuk mulut harimau pulak.
mujur x bayar sekali 2, 3 botol..klu x rugi..pengorbanan mu tak sia2 pi..hahahaha
@supel, yela2. aku yang kena berkorban. huhu~
bcelah fkta ni (yeay!)