Masa yang Pantas Berlalu, Bertemu Semula dengan Bulan Ramadhan

Salam sejahtera buat semua.

ramadhan
kredit kepada budakli di Flickr

Terasa sedikit kelainan pagi ni. Mahu bertekad untuk tidak tidur selepas solat Subuh dan terus memacakkan diri di depan laptop. Bukan buat urusan yang sia-sia. Sebelum balik raya ni (penghujung sem Mei 2011), ada tiga laporan kerja kursus (baca: report) yang perlu dihantar. Pemangkinnya, nak balik awal sebelum raya.

Mengimbau kembali setahun yang lalu, terasa pantas masa berlalu sejak kali terakhir menempuh Ramadhan. Ramadhan tahun lalu dilalui semasa tengah berpraktikal di Celectica Kulim. Maknanya, suasana bersahur, berpuasa dan berbuka adalah berbeza dengan apa yang pernah dilalui sebelum ni.

Masa bersahur

Semasa praktikal, rasanya agak jarang sangat saya bangun bersahur. Kalau terjaga pun, sekadar menyuap kurma ke dalam mulut dan meminum air. Kadang-kadang ada juga makanan yang telah siap dibeli tengah malam tu sebagai bekal untuk bersahur. Sejarang-jarang saya bangun bersahur, saya rasa diantara rakan serumah, sayalah yang paling kerap bersahur.

kurma
kredit kepada taufik rizak di Flickr

Pernah juga keluar berseorangan ke kedai mamak. Kawan-kawan semua payah nak bangun. Hari terakhir bersahur sebelum balik beraya tu je kami keluar beramai-ramai ke kedai mamak. Tu pun sebab bersemangat nak balik kampung.

Suasana berpuasa

Apa yang membezakan suasana berpuasa ialah pada waktu tersebut, saya berada di Celestica melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang baru mengenal dunia pekerjaan. Ada yang masuk awal pagi dan terus sahaja ke surau untuk landing dulu. Ada juga yang terus masuk dalam Cell untuk memulakan pekerjaan. Kebiasaannya, waktu itulah ramai melepak di kantin.

Waktu berbuka

Sebaik sahaja tamat waktu kerja pada pukul 5.30 petang, saya singgah dulu di kantin untuk menapau lauk buat berbuka. Nasi dimasak sendiri untuk rakan seisi rumah dan secara bergilir ada yang menyediakan minuman dibuat berbuka.

Kadang-kadang ada juga keluar ke bazar Ramadhan di kawasan Kilang Lama. Agak sibuk jugak la suasana di situ. Kebanyakan pekerja-pekerja kilang dari kawasan Kulim Hi-Tech selalu singgah di bazar Ramadhan ni. Kemudian ada satu lagi bazar Ramadhan di Taman Merak (di simpang empat menghala ke Serdang) tapi bazar di situ jauh lebih kecil.

Juadah berbuka paling sedap

Apabila semakin hampir waktu berbuka, kami rakan serumah duduk berkumpul bersama-sama sambil menunggu masuknya waktu Maghrib. Agak meriah suasana berbuka bersama-sama dengan rakan serumah. Masa nak makan semua rajin je susun apa yang patut, tapi bila dah habis makan, semua dah jadi berat nak kemas balik. Haha~

… dan solat terawih dilaksanakan di Surau Taman KTC 3, walaupun kadang-kadang ponteng. Tu pun solat dalam keadaan duduk…

beliamuda: Hari kedua di bulan Ramadhan 1432H

7 thoughts on “Masa yang Pantas Berlalu, Bertemu Semula dengan Bulan Ramadhan

  1. Pingback: Tragedi 6 Ogos 2010: Kemalangan Motor di Kulim | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge