Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon KFC Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Ayam KFC

Sekitar hari Jumaat yang lalu, heboh di kalangan blogger apabila satu video yang memaparkan pekerja KFC yang bertugas untuk menggoreng ayam telah menyapu ayam yang sedang disediakan sebelum digoreng ke bahagian tapak kasut yang dipakainya.

Video tersebut yang berdurasi 38 saat, dalam paparan yang tidak jelas berkemungkinan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh rakan pekerja KFC tersebut (berkemungkinan staf KFC juga).

Walaupun video ini sebenarnya telah diketahui oleh pihak KFC sejak hujung tahun lalu, namun baru minggu lepas ianya tersebar. Video tersebut telah disebarkan semula oleh individu yang tidak dikenali. Adakah individu tersebut berniat jahat atau sekadar berniat untuk memberitahu kepada orang lain?

 

Pengumuman daripada pihak KFC

Pihak KFC pantas bertindak dengan mengeluarkan kenyataan berhubung dengan penyebaran video ini laman FB KFC dan dalam satu laman pengumuman khas di laman web mereka. Di bawah ialah pengumuman yang dibuat oleh pihak KFC.

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.
Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.
KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.
Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

 

Walaupun pihak KFC telah membuat pengumuman ini, pastinya video tersebut akan terus tersebar sehingga ke beberapa waktu di masa depan. Video ini sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi mereka. Pasti ada orang yang menonton video tersebut berasa jijik untuk berkunjung lagi ke rangkaian KFC. Anda bagaimana?

 

beliamuda: Berani buat kerja macam tu, tapi tak berani pula nak rakam bahagian muka. Setakat henpon cikai macam tu, buat koleksi 3gp terlampau cukup la…

22 thoughts on “Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon KFC Malaysia

    • @hazwan, tapi hal ni dah berlalu. sejak tahun lepas lagi. aku rasa kali pertama video ni tersebar, ianya tidak cukup meluas, tapi kali pertama sebaran tu, mungkin untuk memberitahu. tapi bila dah terlalu lama, aku rasa ianya lebih kepada nak menjatuhkan nama KFC.

  1. rasanya bukan dia sorang je yang buat kerja kotor camtu..ramai lagi rasa tapi tak kantoi…cadangan supaya setiap dapur restoran KFC atau restoran2 lain juga supaya ada kamera litar tertutup/CCTV supaya mudah dipantau org atasan..

    • @acaprazak, setuju jugak dengan cadangan ni. sekurang-kurang pekerja tersebut akan lebih beretika. semoga pihak KFC dapat mengelakkan masalah seperti ini daripada berulang lagi.

  2. x sure la apa niat org yg upload vid tu. Mungkin kalau dari side KFC, bagi dorang, ada org nak rosakkan reputasi dorang especially competitor or org2 yg dengki. sbb bg KFC, benda ni kan dah jadi lama da tapi baru shj spread among d public.

    lagipun, mmg ad possibility KFC tu ad competitor lain yg nak tgok “dorang jatuh” sebab KFC skg kan mmg expanding globally. so, logikla klu KFC leh fikir mcm tu.

    sebab benda2 mcm tu mg boleh rosakkan reputasi KFC as a whole altho hny pkerja kat 1 franchise je yg wat mcm tu. kemudian, psl 1 vid ni la, akan rosakkn semua KFC franchises pny business. bak kata pepatah orang melayu, krn nila setitik, rosak susu sebelanga. 😛 Mungkin kat franchise KFC yg lain, semua elok je, xde la mcm benda2 yg kat vid tu. 🙂

    rasanya, orang kena faham2 betul2 konsep franchise tu then baru akan faham situasi ni & xkan fully blame KFC.

    yg ni, again, based on business point of view n apa2 yg ktrg blajar dlm kelas la. tehee

    • @Ujie, Glad to hear from the point-of-view of BIS student. Orang tak kisah pasal konsep franchise tu semua sebab dah nama KFC yang terpampang, pastinya KFC secara kesuluruhan yang akan dipersalahkan.

  3. Mungkin ada cubaan nak sabotaj. Mungkin… Biasalah bila ada perniagaan naik sikit, dah ada orang nak jatuhkan.

    • @Sarah, maksud percubaan sabotaj tu niat video jijik tu diedarkan ke? well, mungkin betul sabotaj, tapi saya rasa ianya hanya dibuat orang perseorangan je.

  4. Pingback: Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon Pengarah KFC Malaysia | beliamuda {dot} com

  5. Kfc cawangan saujana utama, sg buloh .harus di pantau pegurusan yg tidak cekap, lemah boleh mendatang kemarahan pelanggan. Sepatutnya tahu bajet jumlah makanan yg disediakan mengikut hari …..x perlu rasanya nak ajar..dh berapa lama niaga puluh tahun tapi masih lembab yg pandai buat pelanggan marah.kena hantar pekerja pergi kursus khidmat pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge