Salam sejahtera buat semua.
Nampaknya percutian midsem telah menghampiri ke penghujungnya. Pagi ini saya akan bergerak pulang semula ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bersama-sama dengan tiga lagi rakan iaitu Farhan Faiz, Khairul Anuar dan Amir Maliki.
Rasa cepat je cuti ni berlalu. Lagipun, cuti midsem kali ni bukan lama sangat pun. Sekadar diberi cuti pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Rakan-rakan dan saya bernasib baik kerana kelas terakhir adalah pada hari Isnin, maka kami berpeluang untuk pulang pada petang hari Selasa.
Syukurlah juga sebab dapat balik kali ni. Dapat jugak merasa durian yang sebelum hanya dapat diidamkan. Pulut durian pun turut dapat dijamah dan yang paling penting, dapat merasa masakan Mama terutamanya nasi ayam yang memang terbaik tu!
Perancangan pergerakan pada hari ini ialah:
-
Pukul 10 pagi: Bertolak dari rumah ke Pasir Tumboh untuk menziarahi nenek dan mengambil Farhan Faiz sebelum ke rumah Khairul Anuar di Melor.
-
Pukul 11 pagi: Mengambil Amir Maliki di rumahnya di Machang.
-
Pukul 12 pagi: Singgah di Shell Jeli untuk mengisi minyak.
-
Pukul 2.30 petang: Singgah di Perhentian Perah untuk solat dan makan tengah hari.
-
Pukul 5 petang: Tiba semula di UTP.
Semoga perjalanan kembali semula ke UTP bersama dengan rakan-rakan diberkati dan dipermudahkan. Doakan keselamatan kami semua dalam perjalanan.
beliamuda: Harap jalan raya tidak sibuk.
semoga selamat sampai..
hazwan´s last blog about ..Resepi: Jepuk Daripada Roti
@hazwan, Alhamdulillah, selamat sampai.
alhamdulillah
selamat sampai
penaberkala´s last blog about ..9 JULAI 2011
Pingback: Ketibaan di UTP bagi Meneruskan Semester 8 | beliamuda {dot} com