Salam sejahtera buat semua.
Gorilla glass. Mungkin ramai yang masih kurang kenal dengan nama sejenis gelas ni. Saya sendiri pun tak pernah dengar nama ni sehinggalah saya mula memakai HTC Desire S bagi program Maxis10. Gorilla glass menjadikan skrin sesentuh smartphone lebih tahan dan kacak.
Mungkin ramai juga yang salah faham apabila saya sebutkan skrin Gorilla Glass HTC Desire S saya ini telah pun tercalar. Ramai yang terkejut kerana mereka menyangka skrin Gorilla Glass tidak akan tercalar. Kenyataannya, Gorilla Glass hanyalah scratch resistant, bukanlah scratch proof. Logiknya, mana ada benda dalam dunia ni yang tahan musnah!
Fakta mengenai Gorilla Glass
Berikut adalah fakta mengenai Gorilla Glass yang saya sempat baca daripada laman web pengeluarnya, CORNING:
-
Visually stunning, lightweight, and highly damage-resistant, Corning® Gorilla® Glass is changing the way the world thinks about glass. It helps protect the world’s coolest smartphones, tablets, PCs, and TVs from everyday wear and tear.
-
Gorilla Glass is an environmentally friendly alkali-aluminosilicate thin-sheet glass. Elegant and lightweight, Gorilla Glass is durable enough to resist many real-world events that commonly cause glass failure, enabling exciting new applications in technology and design.
-
Untuk senarai penuh produk yang menggunakan Gorilla Glass pada barangan keluaran mereka, boleh rujuk di sini. HTC Desire S adalah salah satu daripada barangan yang menggunakan kaca ini.
-
Sedikit maklumat mengenai Gorilla Glass, iaitu berkenaan ciri-ciri dan perbandingan dari segi kejuruteraan, boleh rujuk di sini.
-
Untuk tahu lebih lanjut lagi, korang usha je sendiri di laman web pengeluar Gorilla Glass.
Macam mana skrin HTC Desire S saya boleh tercalar?
Walaupun faktanya Gorilla Glass payah untuk tercalar, ianya tetap akan tercalar. Paling mudah untuk tercalar jika bahan tersebut sama dengan Gorilla Glass. Selain tu, dengan kekuatan yang cukup, Gorilla Glass juga akan tercalar. Kalau jatuh daripada bangunan tinggi, memang boleh hancur terus skrin tu rasanya.
Cuma saya musykil macam mana skrin HTC Desire S saya boleh tercalar. Kali pertama saya perasan ada tercalar di bahagian atas. Sebab di bahagian atas je yang kena, saya buat tak tahu kerana ianya tidak menggangu penglihatan di skrin.
Namun, satu calar yang nyata dan jelas muncul di bahagian tengah dan agak dalam jugak. Entah mana datang calar tu. Calar yang ni memang kelihatan setiap kali saya tengok skrin sebab biasan cahaya pada bahagian tersebut telah terganngu. Perasaan? Faham-faham sajalah kalau dah skrin sesentuh tu tercalar, memang sedih la. Dah jadi macam tu, terima saja.
Tak lama lepas tu, muncul satu lagi calar yang tak berapa dalam, tapi boleh dilihat dengan mata kasar. Lagi tercalar hati ni. Makin bingung la macam mana boleh tercalar. Dah berapa kali saya cuba cari screen protector, namun tidak kejumpaan untuk model HTC Desire S. Akhirnya, sebab dah tekad dan tak nak lagi tercalar, saya beli jugak case + screen protector secara dalam talian.
Case dan screen protector untuk HTC Desire S
Selepas usha di forum Lowyat untuk trader yang jual case HTC Desire S, terus je buat keputusan untuk beli selepas dipastikan ada screen protector sekali. RM69 untuk case daripada Case Mate. Mungkin macam mahal sikit, tapi kalau dengan tu dapat lindungi HTC Desire S, melabur la sikit. Dah la henpon tu dapat free dah.
Kini HTC Desire S lengkap berbaju dan tidak lagi berbogel seperti dulu. Namun calar tu masih lagi ada dan mungkin akan terus kekal di situ. ~_~
beliamuda: Rasa macam bulky je masa mula-mula pakai case tu…
mcm mana calar pun tak sedar? mcm cerita seram je ni.
serol´s last blog about ..Rahsia Penjual Air Jambu tepi jalan
@serol, seram tak seram, hati sedih jugakla. pelik bin ajaib bila sedar je dah calar.
Setiap smartphone memang wajib ade casing dan screen protector. ;P
Kena pasang trus pas beli, baru selamat. Mujur ak pasang awal2, at least, screen protector yang calar balar je. hehe
@mohaimin, aku nak pasang awal-awal, tapi takde dalam pasaran lokal. Lepas dah jadi, usaha juga cari dalam talian.