Salam sejahtera buat semua.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan semalam dalam satu siaran segera berkenaan pengeluaran duit syiling terbaru Malaysia yang merupakan Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan mula berada dalam edaran bermula awal tahun depan. Duit syiling peringatan telah dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen seperti dalam gambar-gambar di atas dan yang terdapat di bawah.
Sedikit petikan daripada siaran segera tersebut berkenaan dengan keunikan Siri Ketiga duit syiling Malaysia:
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Antara keunikan yang terdapat dalam siri baharu duit syiling Malaysia yang bakal diedarkan pada 2012 ini ialah:
-
Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
-
Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.
-
Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
-
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Reka Bentuk Duit Syiling Siri Ketiga Malaysia 2012
- Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
- Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
- Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan duit syiling peringatan yang mula dijual dari 26 Julai 2011, anda boleh mendapatkannya di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Gambar-gambar di atas diambil daripada siaran segera BNM
beliamuda: Siri Keempat wang kertas pula akan diperkenalkan pada bulan September 2011
waaah. cantik2. so,mulai skrg kena kumpul duit syiling lama untk koleksi la.
@ima, rasanya macam agak lama juga masa untuk duit syiling lama betul-betul boleh jadi koleksi. Terlalu banyak yang ada dalam pasaran.
menarikkk….. >__<
Cahaya´s last blog about .."Duit syiling baru yang lebih selamat diperkenal tahun depan"
Ok ok semua duit syiling ni.Duit syiling ni teruskan ke tahun 2013 ke,atau duit syiling ni akan ditukarkan di 2013?
@Syasha, Rasanya BNM akan buat penukaran secara berperingkat. Agak mustahil untuk semua duit syiling sekarang ditarik balik semuanya dalam masa yang singkat.
Salam.
Duit syiling ni akan start circulate pada awal tahun 2013.
Duit syiling yang lama tu takkan di mansuhkan lagi, masih boleh guna. Kalau nak mansuhkan semua tu perlukan kos yang amat tinggi dari BNM. 😉
lunaticg banknote & coin´s last blog about ..New 10 sen related to Israel flag?
@lunaticg banknote & coin, Bukan awal 2012 ke duit syiling ni akan mula diedarkan?