Salam sejahtera buat semua.
Malam ini, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) akan melancarkan Perodua Myvi 2011 (generasi kedua) yang sebelum ini dikenali dengan nama Perodua D54T. Tempahan bagi Perodua Myvi 2011 ini telah pun dibuka sejak 4 Jun lalu.
Walaupun masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, beberapa gambar dan maklumat berkaitan dengan spesifikasi dan harga Perodua Myvi 2011 ini telah pun didapati di beberapa laman web dan blog.
Perodua Myvi Elegance
Antara varian yang mungkin paling menarik perhatian dalam Perodua Myvi 2011 ialah Perodua Myvi Elegance. Jom kita tengok dulu gambar-gambar Perodua Myvi Elegance yang telah dikongsikan dalam secara dalam talian (kredit di akhir entri).
Rekaan Luaran Perodua Myvi 2011
Berikut adalah beberapa keping paparan gambar untuk rekaan luaran (baca: exterior design) bagi Perodua Myvi 2011 (Perodua Myvi Elegance dan varian lain).
Rekaan Dalaman Perodua Myvi 2011
Berikut adalah beberapa keping paparan gambar untuk rekaan dalaman (baca: interior design) bagi Perodua Myvi 2011 (Perodua Myvi Elegance dan varian lain).
Dashboard Perodua Myvi Elegance yang dilengkapi GPS terbina.
Dashboard Perodua Myvi Elegance yang tidak dilengkapi GPS terbina.
Harga Perodua Myvi 2011
Disenaraikan di bawah adalah harga bagi Perodua Myvi 1.3 baru untuk transmisi manual dan automatik bagi harga tahun 2011 mengikut variasi Standard, Premium dan juga Elegance:
- RM44,926.00 (M) Standard
- RM47,726.00 (M) Premium
- RM54,908.00 (M) Elegance
- RM47,926.00 (A) Standard
- RM50,726.00 (A) Premium
- RM57,908.00 (A) Elegance
Senarai harga Perodua Myvi 2011 mengikut varian dan warna
- 1.3 Standard (M): RM43,900 (Solid), RM44,400 (Metallic), RM44,800 (Special Metallic)
- 1.3 Standard (A): RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,800 (Special Metallic)
- 1.3 Premium (M): RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,700 (Special Metallic)
- 1.3 Premium (A): RM49,900 (Solid), RM50,400 (Metallic), RM50,800 (Special Metallic)
- 1.3 Elegance (A): RM53,900 (Solid), RM54,400 (Metallic)
- 1.3 Elegance (A): RM56,900 (Solid), RM57,400 (Metallic)
Dengan harga Perodua Myvi 1.3 pun dah hampir mencecah RM60K, agak-agak berapa harga Perodua Myvi 1.5 nanti? Mesti lebih RM60K kan?
Kredit gambar kepada Oh! Tidak dan Malaysian-Gadget
beliamuda: Model Perodua Myvi 2011 generasi kedua ini akan dilancarkan pada malam ini dan dijadualkan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putra World Trade Centre (PWTC).
boleh tahan la..
naimulfirdausĀ“s last blog about ..teknik gandakan trafik blog anda
Pingback: Gambar Perodua Myvi 2011: Elegance | beliamuda {dot} com
Pingback: Gambar Perodua Myvi 2011: Standard | beliamuda {dot} com