Kad Ucapan Khas Hari Guru 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ucapan Selamat Hari Guru

Merujuk kepada entri ucapan selamat Hari Guru 2011 buat para guru, saya ada menyatakan yang gambar di atas dibuat khas sebagai kad ucapan buat cikgu-cikgu adik saya di sekolah. Tapi sayangnya direjek oleh Mama kerana terlalu banyak warna sebab dakwat warna printer dah nak habis.

 

Kad ucapan selamat Hari Guru 2011

Lagipun, saiz kad ucapan yang pertama di atas tu dibuat secara rambang tanpa mengikut saiz sebenar. Kad ni nak diletakkan dalam frame gambar sebagai hadiah kepada cikgu. Ada dua jenis frame gambar, satu yang bersaiz 5R (5” x 7”) dan satu lagi 4R (4” x 6”).

 

Kad ucapan selamat Hari Guru 2011

Gambar kedua dan gambar ketiga adalah kad ucapan yang bersaiz 5R. Kenapa ada dua jenis? Sebab lepas saya buat yang kedua tu, saya rasa macam tak menarik pulak border petak-petak tu. Tapi kalau tak silap, gambar yang kedua tu la yang Mama pilih, lagi…

 

Kad ucapan selamat Hari Guru 2011

Dan satu lagi kad ucapan untuk yang bersaiz 4R. Daripada tiga kad ucapan khas untuk cikgu di atas, saya lebih suka yang terakhir ni. Nampak ringkas dan lebih menarik.

Lepas dah cetak semua kad ucapan ni, ada la beberapa keping yang warna jadi pelik sebab dakwat dah kurang. Huhu…

 

beliamuda: Abang tanya Syafiq, “yang mana paling lawa?” Syafiq cakap, kad ucapan yang atas sekali tu la yang paling lawa. Selamat Hari Guru!

One thought on “Kad Ucapan Khas Hari Guru 2011

  1. Pingback: Tiada Kad Ucapan Khas Hari Guru Pada Tahun Ini | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge