HTC Desire S: Kekurangan dan Kelemahan

Salam sejahtera buat semua.

desires-cap5 desires-cap6

Sudah hampir seminggu sejak HTC Desire S untuk program Maxis10 berada dalam tangan saya. Sejak dua tiga hari lalu, saya telah berkesempatan untuk menggunakan smartphone ini dalam penggunaan yang aktif bagi menguji ketahanan HTC Desire S.

Dalam tempoh penggunaan aktif tersebut, saya telah mengesan beberapa kelemahan yang utama pada henpon ini. Saya juga berjaya mendapatkan maklum balas daripada pengguna HTC yang lain yang turut mengesahkan beberapa kekurangan tersebut.

 

Tempoh ketahanan bateri HTC Desire S

Inilah pada saya kekurangan dan kelemahan paling utama pada HTC Desire S. Bateri henpon ini hanya mempunyai tempoh bertahan sekitar 3 – 4 jam sahaja untuk penggunaan yang aktif. Penggunaan aktif yang saya maksudkan ialah penggunaan sambungan Internet yang berterusan.

desires-cap1 desires-cap2

Ujian pertama untuk menguji ketahanan bateri HTC Desire S dilakukan semasa majlis makan malam perdana batch Jan 07, UTP. Bermula pukul 7 petang, saya mengaktifkan sambungan Internet (Mobile Network – HSPA dan WCDMA) dan GPS untuk memudahkan perjalanan ke Tropicana Ballroom. Kemudian dicampur lagi dengan penggunaan kamera dan rakaman video sebaik sahaja awal majlis sekitar pukul 8. Gambar juga turut dimuat naik ke Facebook kerana sambungan Internet yang stabil dan laju. Hasilnya, sekitar pukul 10, amaran kuasa bateri telah melepas tahap 15% mulai keluar.

desires-cap4 desires-cap3

Ujian kedua dilakukan semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk ke PBAKL 2011 di PWTC. Sambungan Internet (Mobile Network) telah diaktifkan sedari awal perjalanan sekitar pukul 6 pagi. Sebaik sahaja tiba di KL Sentral sekitar pukul 8 pagi, paras kuasa bateri telah pun melepasi tahap 50%.

Nota: Bateri telah dicaskan penuh sebelum digunakan secara aktif seperti di atas.

 

Berikut adalah spesifikasi tempoh ketahanan bateri yang diberikan oleh pihak HTC untuk HTC Desire S:

Jenis bateri: Bateri Lithium-ion boleh cas

Kapasiti: 1450 mAh

Masa bercakap: 435 minit (WCDMA) dan 590 minit (GSM)

Masa sedia: 455 jam (WCDMA) dan 450 jam (GSM)

 

Pandangan dan ulasan

Ada satu perkara yang saya faham daripada ketahanan bateri smartphone seperti yang terjadi kepada HTC Desire S. Sebelum ini henpon yang paling smart pernah saya gunakan hanyalah Nokia 5800 XM dan saya jarang menggunakannya seperti apa yang saya lakukan dalam ujian di atas.

tweetbaterihtc

Beberapa orang rakan yang menggunakan smartphone turut menyatakan hal yang sama (pengguna lain HTC). Ketahanan kuasa bateri smartphone adalah normal pada tempoh 3 – 4 jam bagi penggunaan aktif. Perlu diingat, smartphone bukan seperti henpon biasa yang sebelum ini selalu digunakan untuk panggilan dan SMS sahaja.

tweetbaterihtc2

Saya lebih suka untuk menganggap smartphone seperti sebuah mini komputer (kerana semasa saya membawa HTC Desire S dalam perjalanan ke PBAKL 2011, saya lebih banyak menggunakan gajet ini untuk urusan berkaitan walaupun pada masa sama saya juga membawa laptop). Mungkin lebih sesuai jika dikatakan ketahanan bateri smartphone adalah setara dengan bateri laptop.

Namun, saya tidak pasti bagaimanakah dengan ketahanan bateri smartphone dariapda pengeluar yang lain (Nokia, Blackberry, Apple dan lain-lain) pada skala penggunaan yang sama. Saya tidak dapat membuat perbandingan kerana saya sendiri belum pernah ada pengalaman menggunakannya. Ada rakan pembaca di luar sana yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing?

 

beliamuda: Ada beberapa cara untuk meoptimumkan kadar ketahanan bateri seperti menutup fungsi-fungsi yang tidak digunakan dan mengurangkan kadar kecerahan paparan (baca: display).

23 thoughts on “HTC Desire S: Kekurangan dan Kelemahan

  1. betul2, smartphone guna bateri byk. guna xperia x10 utk main angry bird. setiap hari kena charge sbb tak nak mati kebosanan dalam kelas.

  2. arrive here sbb nak cr spec desire. but then based on my experience regarding the batt life,
    cuba install any task killer. sbb bila kita close any application or internet browser, application still running kat belakang without kita tahu. even my friend yang guna nokia pun complain benda yg sama. running out battery within few hours. thats normal for active user for smart phone.

    • @sns, do not install task killer, for Android 2.2 and newer, task killers will just kacau the system and make the matter worst! Normal usage, you can go through a day. Heavy usage, any smartphone’s battery will die fast. Especially GPS + Mobile data on full time.

      • @tigervyh, When open the Mobile Data, surely the battery will die fast. I just leave it without usage, still drain fast. Close it, battery could last longer.

        • @beliamuda, yes. even leaving it on without using it will cause more battery drain than leaving it off. Due to some apps pushing data. and also even you are not using it, the phone is using it either by syncing/trying to get connection, etc.

          For such cases, if you don’t intend to manually shut it off /turn it on, there’re are apps like juice defender to regulate the on/off intervals.

          • @tigervyh, yeah. some apps is pushing the data, syncing and connect to the Internet. Well, thank you for recommending the apps. Will try that one.

    • @sns, kalau tak silap, ada je function untuk Force Stop apps dalam HTC Desire S ni. Boleh view apps mana yang tgh running. Tapi kalau salah tutup apps, hang la sat henpon ni.

  3. salam… as a HTC user, if on wifi xprasan lak bape lame die tahan, jrg pkai direct je but i’m a heavy user in term of sms n call, mmg b4 tdo kne charge sokmo r… mebi sbb touch screen lg but reduce the display brightness mmg help a lot…

    • @katkut, bila banyak call n SMS, byk jugak la nak connect to network. Bila guna wifi + mobile internet, pada masa tu kita pun buka segala bagai apps. so, mmg cepat sangat la kan nak drain bateri tu.

  4. HP touch screen mmg kurang sikit bateri dia.
    Kne ubah bbrape setting cm setting GSM die sbb GSM gne byk power.

    lg satu, hp baru mmg power tak tahan. tapi after 2, 3 bulan, i’allah ok

  5. Hi pengguna iphone masuk hehe.Kalau tak beli iphone dulu memang saya beli HTC sebab dari survey yang saya buat di kebanyakan website dan kedai iphone dan HTC mempunyai design dan function yang jauh ke depan berbanding smartphone lain.Akhirnya saya ambik iphone
    Lawrence Vision´s last blog about ..Ada Apa Dengan CrocsMy Profile

    • @zul, Buka setting GPS dulu, lepas tu buka Map. Tapi yang ni tidak berfungsi macam GPS biasa la. Anda kena guna perisian lain seperti Papago kalau nak ianya berfungsi seperti GPS sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge