Kemaskini Peningkatan Sekuriti WordPress 3.1.1

Salam sejahtera buat semua.

WP 3.1.1

Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.1 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih lebih daripada 30 isu yang telah dikenal pasti.

Seperti biasa, pengguna WordPress boleh mengemaskini secara automatik melalui Dashboard masing-masing dan juga memuat-turun secara manual. WordPress 3.1 (Reinhardt) telah diperkenalkan pada hujung bulan Februari yang lalu, membawakan banyak perubahan ketara.

Anda boleh baca lebih lanjut di WordPress News untuk maklumat mengenai kemaskini WP 3.1.1 ini.

beliamuda: Seksanya bila tiada akses Internet di saat sangat memerlukan penggunaannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge