Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, inilah entri pertama untuk HTC Desire S yang kini sudah berada dalam genggaman saya. Punya la semangat lepas ambil parcel HTC Desire S daripada Pejabat Pos UTP, terus saja buka parcel tu di dalam lab PLC di blok 23 semasa sedang menyiapkan tugasan, sambil mengurangkan kebuntuan sebab tidak dapat selesaikan soalan yang diberi.
Emel diterima sejak hari Selasa lagi untuk mengesahkan bungkusan daripada Maxis ni telah dihantar. Sebab teruja sangat lepas dapat emel tu, terus je pergi terjah Pejabat Pos UTP untuk bertanya pasal bungkusan tu, namun pulang dengan hampa sebab ianya masih belum sampai. Tangan dah terketar-ketar tak sabar nak jadi antara yang pertama pegang HTC Desire S.
Unboxing HTC Desire S daripada bungkusan dan kotak
Bawa masuk je bungkusan tu ke dalam lab, mesti la ada yang tanya tu bungkusan apa. Segan je nak jawab apa yang terkandung kat dalam tu. Oleh kerana termakan dek pujuk rayu Penaberkala, maka saya buka je bungkusan Desire S kat situ jugak.
Mendebarkan! Dalam bungkusan kourier, ada satu lagi bungkusan dalam sampul surat putih. Nasib bawa pisau untuk bedah bungkusan ni.
Selak sikit kat dalam sampul surat tu nak tengok apa yang ada. Oh, there is HTC Desire S. Not mine, but loaned by Maxis for Maxis10 Reviewers Programme!
Slow-slow tarik keluar kotak kat dalam, maka terlihatlah gajet yang diberi nama HTC Desire S!
Spesifikasi penuh HTC Desire S
Kat bahagian belakang kotak HTC Desire S dah siap-siap tulis spesifikasi yang terdapat dalam gajet ni. Ada beberapa fungsi dalam HTC Desire S yang dihighlightkan iaitu rekaan luaran HTC Desire S yang diperbuat daripada aluminium (single piece), kelajuan melayari Internet dengan processor 1 GHz, ada HD (720p) camcoder, dan tujuh panel (home screen) yang boleh disusun mengikut citarasa sendiri.
Lagi spesifikasi HTC Desire S:
Saiz: 115mm (tinggi) x 59.8mm (lebar) x 11.63mm (tebal)
Berat: 130 gram (dengan bateri)
Paparan: 3.7-inch dengan resolusi 480 x 800
Kelajuan CPU: 1 GHz
Memori: 1.1 GB (dalaman), 768 MB (ROM) dan microSD 8 GB (sehingga 32 GB)
Platform: Android denga HTC Sense
Kamera: 5 MP dengan fungsi auto fokus dan flash LED, 720p rakaman video, dan kamera VGA fokus tetap di bahagian depan
Lain-lain spesifikasi kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh semak di laman khas untuk HTC Desire S. Kenapa rakaman video HTC Desire S hanya boleh dibuat dalam format 3gp? Tapi kualiti 3gp ni bukan macam kualiti yang selalu dilihat dalam kebanyakan video 3gp panas tu la.
Dalam kotak yang dihantar oleh Maxis untuk review, ada sebiji HTC Desire S + bateri + pengecas yang pelik (guna kabel USB, kepala pengecas ni yang pelik) + 3.5mm stereo audio jack. Banyak jugak buku + nota + pamplet yang ada dalam kotak ni. Kalau rajin atau buntu nak guna, boleh la belek.
Memindahkan simkad dan data ke HTC Desire S
Dah siap unboxing dan tengok apa yang ada dalam bungkusan HTC Desire S, masa untuk mencuba sendiri apakah itu HTC Desire S. Agak tak best bila nak masukkan simkad tu sebab kena bukak dulu bateri kerana slot simkad (dan juga microSD) ada di bawah bateri. Lagi molek kalau slom simkad tu boleh masuk terus macam Nokia 5800XM (simkad dimasukkan dari bahagian tepi).
Dah siap masuk simkad dan pasang semula bateri, masa untuk menghidupkan HTC Desire S. Ikut je segala arahan yang ada semasa mula-mula membuka HTC Desire S. Yang penting, pemindahan data daripada Nokia 5800XM (ada disenaraikan sebagai salah satu henpon yang boleh diambil data) dapat dilakukan dengan mudah (contacts + SMS + kalendar). Jadi, kalau sebelum ni korang dah pernah pakai smartphone, senang je la nak pindahkan data-data yang ada ke HTC Desire S.
beliamuda: Selesai semua urusan pemindahan data, maka tibalah masa untuk mencuba HTC Desire S! Tetapan asal HTC Desire S ni membenarkan aplikasi untuk mengakses Internet, jadi masa awal-awal guna ni, memang cepat la kering kredit tu. Maklumlah, tak pakai data plan. Lepas sedar tu, terus je beli pakej Mobile Internet untuk dua minggu. Setakat ni, memang saya teruja dengan HTC Desire S terutamanya sebab mudah je nak faham cara penggunaannya. Banyak lagi nak godek pasal HTC Desire S. Masih awal lagi untuk komen pasal gajet terbaru daripada HTC ni.
cool laaa
Nasuha´s last blog about ..Faces- April 30
Pingback: HTC Desire S: Video Demo HTC Sense | beliamuda {dot} com
Pingback: Perjalanan UTP – PBAKL 2011 (Bahagian 1)