Twitpic Sepanjang Minggu #2

Salam sejahtera buat semua.

Berlalu lagi satu minggu untuk kisah bergambar twitpic minggu #2. Sebelum itu, baca dan lihat gambar di permulaan kisah Twitpic Sepanjang Minggu. Kali ini, penuh satu minggu untuk twitpic. Jom lihat apa yang menarik sepanjang minggu lalu.

Monday Blues

Seperti biasa, sindrom di awal minggu bakal melanda setiap kali tiba hari Isnin, Monday Blues. Minggu yang terakhir sebelum bermulanya cuti mid-sem. Awal pagi dah ke blok 23 untuk lab IACS sebelum digembiran dengan pembatalan sesi lab untuk minggu itu. Yahoo!

Tunggu lab @penaberkala @FarisMuhandisu on Twitpic Lab cancel. Sarapan at cafe v2. on Twitpic Say hello to my coursemates. on Twitpic

Tu dia @lipanboy smgt tgh makan... on Twitpic Panas betul hari ni. View dr L5, V5B. on Twitpic Kalau main time cmnih, mmg hangus la. on Twitpic

Test IACS dan Makan Malam di Pantai Timur Tom Yam

Sebelah malam hari Isnin tu, ada test 1 IACS untuk pelajar Cheme yang ambil Process Control. Suasana test yang sungguh berbeza; bawa kerusi sendiri masuk ke dalam dewan peperiksaan, Dr Rosdi bagi gula-gula cadbury untuk setiap pelajar sempena kekalahan Man Uni dan paling penting makan malam dengan geng CJ07 selepas test.

Dalam sejarah, bawa kerusi utk test. #fb on Twitpic Best angkat krusi sendiri msk hall. #fb on Twitpic

Lecturer bg coklat sbb liverpool menang! on Twitpic Waaa.. Test da abeh.. on Twitpic

Penaberkala turut membuat liputan dalam entri di blognya.

Dinner ramai2 after test. Tgh tunggu. on Twitpic Jom makan nasi goreng daging merah. on Twitpic Jemput makan semua. #fb on Twitpic

Sungguh meriah makan malam dengan rakan-rakan pada malam tu. Susah nak kumpul sekali macam ni sejak masuk alam Final Year. Lepas ni entah bila lagi dapat kumpul ramai-ramai macam ni.

Perjalanan Pulang ke Kampung dan Tragedi

Sehari sebelum cuti mid-sem bermula, saya dah rakan-rakan sudah mula bergeak pulang ke kampung. Kebetulan hari Rabu kelas hanya ada sejam sahaja dan memang tiada kelas langsung sebaik sahaja selepas pukul 2; kecuali talk oleh pihak MARA yang terpaksa diponteng atas ketidakupayaan mereka untuk menyebarkan informasi pertukaran jadual dengan baik.

Bas pasukan t-team di hentian perah. on Twitpic

Sebaik sahaja bertolak dari UTP, berita sedih diterima. Sebuah kereta yang dinaiki kawan kami telah mengalami kemalangan yang teruk dan seorang rakan kami telah terbunuh. AL-Fatihah untuk arwah Khairul Hakimi.

Beliau a.k.a @kalampatah di hsptl. #fb on Twitpic Semoga @HazwanArif cpt sembuh. #fb on Twitpic

T-shirt daripada Zicco Tees

Sebaik sahaja tiba di rumah malam tu, satu bungkusan telah sedia ada di dalam bilik. Seperti dijangka, ia bungkusan daripada Zicco Tees.

Seperti dijangka, ada parcel menanti... on Twitpic Close-up penghantar parcel. on Twitpic

Eh2, gambar angry bird merah! on Twitpic Ada @beliamuda di situ. Nk cbe pakai jap on Twitpic Mcm besar la plak saiz M. Ptt amik S.. on Twitpic

Ronda-ronda PIKOM PC Fair

Seperti yang dimaklumkan dalam jadual PIKOM PC Fair 2011, Balai Islam di Kota Bharu menjadi lokasi seterusnya untuk PIKOM PC Fair edisi 1. Saya sempat ke sana dengan Mama dan adik bongsu, Syafiq pada hari Khamis (petang) dan Jumaat (pagi).

My lil is sleeping. Letih ke dik? on Twitpic Di depan bank islam kubang kerian. on Twitpic Balai islam lundang. on Twitpic

Mama nak amik laptop ni. on Twitpic Nak upgrade streamyx speed kat booth TM. on Twitpic

Syafiq dapat belon TM. X malu je mintak. on Twitpic PIKOM PC Fair di Balai Islam. on Twitpic

Syafiq posing sblm blk. on Twitpic Mazda Hatchback utk cabutan bertuah. on Twitpic Cabang 4 Kubang Kerian. on Twitpic

Unboxing Acer Aspire 4750G

Kalau dah ke PC Fair sebanyak dua kali, pastinya ada sesuatu yang dibeli. Laptop Acer Aspire 4750G telah menjadi milik saya setelah tawar menawar dengan Mama untuk pertukaran. Asalnya Mama nak beli laptop baru untuk ganti laptop lama dia yang dah berusia hampir 6 tahun.

Free gift satu bundle. on Twitpic Jom unpack! on Twitpic

New laptop. Sape punya ni? on Twitpic New acer aspire 4750G. on Twitpic

Proses pemindahan data dan tetapan di antara Acer Aspire 4740 (laptop ke-2) dengan Acer Aspire 4750G (laptop ke-3).

2nd gen and 3rd gen. on Twitpic

Hari Terakhir Cuti Mid-Sem

Sepanjang hari-hari terakhir cuti mid-sem, sempat saya sibukkan diri dengan aktiviti bersama-sama keluarga. Awal pagi Sabtu dah kena turun ke stesen bas Kota Bharu untuk ambil adik yang baru balik dari ASiS untuk cuti pertengahan penggal. Sempat snap selipar twitter yang terjumpa di tangga Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Selipar twitter, jpe kat tangga masjid. on Twitpic

Tanpa tidur yang cukup, saya sudah diajak Mama untuk ke Kota Bharu dan juga untuk menambah gas air-cond kereta Viva. Kawan-kawan yang naik hari tu pun bising sebab panas sangat semasa dalam perjalanan pulang tu.

Ada kat sri yakin air-cond, KB. on Twitpic Topup gar air-cond on Twitpic

Destinasi seterusnya, ke Tesco Kota Bharu. Shopping sikit dan kebetulan ada promosi buku terbaru Dr M, “A Doctor in the House”. RM100 sebuah. Jadi, sebuah buku itu kini sudah berada dalam genggaman. Tunggu untuk dibaca je.

Shopping di tesco KB. on Twitpic A doctor in the house. on Twitpic Nak makan donut big apple. on Twitpic

Nak daftar astro utk pasang kt umah. on Twitpic Awas, troli panjang sdg melintas. on Twitpic Jom makan. on Twitpic

Sebelah malamnya, kami sekeluarga telah keluar untuk makan malam di Restoran New Horizon Garden.

Jom dinner. 2 of my sisters not here. on Twitpic

beliamuda: Hati-hati kalau nak MMS gambar. Jangan lebih 100KB. Kalau tak, risiko untuk kredit lesap dalam sekelip mata mungkin melanda. [Twitter beliamuda]

One thought on “Twitpic Sepanjang Minggu #2

  1. Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #3 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge