Salam sejahtera buat semua.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2011/2012 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut.
Pautan: Borang Permohonan || Kemaskini Permohonan
Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
PERHATIAN kepada individu-individu berikut:
-
Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
-
Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
-
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2011. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
-
Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
Syarat Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM Sesi 2011/2012
Syarat-syarat Am
- Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
- Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
- Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
- Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.
Syarat-Syarat Khas
A. ALIRAN SAINS
- Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
- Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Matematik Tambahan
- Teknologi Maklumat
- Perdagangan
- Ekonomi Asas
- Prinsip Akaun
- Bahasa Inggeris
- Lukisan Kejuruteraan
- Rekacipta
- Teknologi Kejuruteraan
B. ALIRAN SASTERA IKHTISAS
- Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
- Lulus 2 mata pelajaran berikut:
- Perdagangan
- Ekonomi Asas
- Prinsip Akaun
- Bahasa Inggeris
- Lukisan Kejuruteraan
- Rekacipta
- Teknologi Kejuruteraan
- Sains Tambahan
- Teknologi Maklumat
- Biologi
- Fizik
- Kimia
Panduan Permohonan
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
-
Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN
-
Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap
-
Ruang E. Ulasan Jurulatih
-
Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
-
Ruang G. Perakauan
-
Ruang H. Pengesahan
Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
sebelum tarikh tutup permohonan.
Nota Penting:
-
Kegagalan pihak Jabatan menerima borang lengkap yang diposkan seperti perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal
-
Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
-
Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
Maklumat Tambahan
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya
Puan Norhamimi bt. Othman – 8884 1035
( emel : norhamimi@moe.gov.my )
Puan Noor Hamizha Abd Hamid – 8884 1006
( emel : hamizha@moe.gov.my )