Sekali Lagi Mendapat Pendapatan Terumpuk Daripada Nuffnang

Salam sejahtera buat semua.

nuffnang

Dah lama tak berbicara mengenai Nuffnang di blog beliamuda {dot} com. Sesekali rasa jauh sangat dengan atmosfera blogger Malaysia sekarang ni. Banyak kisah, konspirasi dan tulisan menarik yang saya tidak sempat luangkan masa untuk membacanya.

Kebetulan ada poin yang boleh ditulis mengenai Nuffnang kali ni. Poin yang agak ‘nyekit’ (makna: menimbulkan rasa tidak puas hati) untuk dibaca oleh sesetengah orang sebenarnya. Orang kata, saja nak kecoh pasal ada pendapatan terumpuk (baca: buffered earning) yang beraksi dalam blog ni.

buffered earning nuffnang

Ok, memang teruja la juga sebab dah lama tak dapat pendapat terumpuk daripada Nuffnang ni. Ahli biasa Nuffnang (bukan esklusif atau Giltterati) mana la ada senang-senang nak dapat buffered earning ni. Keutamaan untuk dapat buffered earning ni hanya kepada ahli Glitterati sahaja. Sekarang pun ada Glitterati Plus kan?

Satu simptom yang biasa kelihatan pada ahli biasa atau bila iklan Nuffnang tidak keluar ialah nuff tido @ nuff zzz. [Siapa yang mula-mula guna isitilah ni?] Masa ni la biasanya ramai yang akan resah gelisah. Mana taknya kan? Awal-awal join Nuffnang ingat boleh dapat duit banyak-banyak terus.

Walaupun tak dapat CPM, dapat CPC pun jadi la. Asalkan ada orang klik-klik iklan nuff. Rasanya dah lama saya tak tengok orang singgah di blog ni sambil tinggal jejak di kotak jerit (baca: Jom Borak!) dengan ayat “Salam singgah, saya klik nuff awak. Klik saya punya balik!”. Cuma ada seorang blogger mana ntah yang tak habis-habis spam dengan pautan yang buat saya menyampah. Hari-hari saya padam jeritan dia (entah dia baca ke tak entri dalam ni).

Nak faham pasal iklan CPC Nuffnang? Baca dua entri di bawah sekali dengan komen oleh para blogger lain:

Ok, cukup dah rasanya saya bercakap pasal Nuffnang ni. Dah lama rasanya tak bercakap pasal blog sendiri. Memang dah mula rasa terasing dengan keadaan atmosfera blogger Malaysia sekarang ni. Dah dekat dua bulan saya tidak membuka Google Reader, tempat di mana saya selalu lepak dan menanda blog-blog rakan blogger lain untuk dibaca.

Kenapa boleh jadi macam ni ya? Bagi saya peluang untuk imbas kembali…

beliamuda: Tempoh masa praktikal di Celestica cuma tinggal dua bulan sahaja lagi. Banyak lagi benda yang perlu dibuat. -_-“

Comments

18 responses to “Sekali Lagi Mendapat Pendapatan Terumpuk Daripada Nuffnang”

  1. Fitrihadi Avatar

    tahniah..kena rajin berusaha ar lepas ni untuk tambahkan readers..baru earning makin masyuk..kan..

    1. beliamuda Avatar

      @Fitrihadi, bab ni la yang payah sikit. selalu ada je masa2 tersangkut nak update blog dengan entri2 yang berkualiti.

  2. ZON ARTIS Avatar

    mesti nuffnang sayang gila dgn blog ni sampai bg buffered earning wlpn status ordinary..

    1. beliamuda Avatar

      @ZON ARTIS, kalau nuffnang sayang, mesti dah dapat iklan advertorial… 😛

  3. hazwan17 Avatar

    tahniah bro..ordinary pun boleh dapat BE kire power la

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan17, alhamdulillah, ada rezeki kat situ.

  4. fitri Avatar

    sy first tyme dpt BE kat blog sendiri..sblm ni cpc pn jarang..sukanya~..hehe

    1. beliamuda Avatar

      @fitri, alhamdulillah. bagus la tu. pastikan trafik stabil je.

  5. afiqaiman Avatar

    aku mmg tak pernah dpt so dah mls ngn nuffnang ni…beralih kpd mgga ads pulak..kalau la boleh pasang google ads kan bagus hehe

    1. beliamuda Avatar

      @afiqaiman, boleh je nak pasang google ads. salah satu cara dengan adanya akaun blogspot. kat situ leh dapat akaun google ads rasanya. kalau apply terus payah sikit la untuk blog dalam bahasa Melayu.

  6. eyra Avatar

    BE sama hhehehe

    1. beliamuda Avatar

      @eyra, sejak tukar setting bahasa kat nuffnang ni, tertanya2 gak apa dia la pendapatan terumpuk ni. BE rupanya.. 😛

  7. ikin Avatar

    incik BM, cane nak halang komen spam kat shoutbox eh? kalau ak guna word verification tu cam susah la plak~

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, better guna la kalau cmtu. payah sikit nak kawal kat shoutbox ni.

  8. Pisyek Avatar

    kah3… aku punya shoutbox pun dah jarang orang komen… eh, intern dah nak abis? hehe…

  9. blog si tokei Avatar

    best2 mmg best…
    aku baru merasa sekali BE nie..

    1. beliamuda Avatar

      @blog si tokei, mestilah best. BE la yang jadikan income ads dari nuffnang tu lebat (at least la…)

  10. redlomo Avatar

    selain nuffnang anda boleh cuba clixadx – http://www.clixadx.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge