Keputusan UPSR 2010

Salam sejahtera buat semua.

cemerlang upsr 2010

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang dinanti-nantikan oleh pelajar Tahun Enam dan para tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negara telah pun diumumkan.

Analisa keputusan UPSR 2010 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Katanya, seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Keputusan UPSR tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

Rujuk lagi berita berkenaan pengumuman keputusan UPSR 2010 melalui pautan di bawah:

Pelbagai ragam dapat dilihat semasa keputusan UPSR 2010 diumumkan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Ada yang melompat kegembiraan, ada yang menangis kerana terlalu gembira, dan ada juga menangis kerana tidak mendapat keputusan yang diinginkan.

Berlalunya UPSR, menandakan berlalunya zaman sekolah rendah. Tiba masa untuk adik-adik bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah. Masih ada peluang untuk memperbaiki keputusan bagi yang tidak berjaya dan mengekalkan prestasi cemerlang untuk peringkat pembelajaran yang seterusnya.

beliamuda: Masa dapat keputusan UPSR dulu (tahun 2001), memang rasa gembira sangat. Minggu ni, kenangan kelas 6 Merah (6M), Sekolah Kebangsaan Jelawat dibuka semula di Facebook!

21 thoughts on “Keputusan UPSR 2010

  1. tahniah kepada diri saya kerana dapat memperoleh 5A dalam UPSR dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperoleh 5A dalam UPSR tahun nie…

  2. Pingback: Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge